Laman Utama

PKP Di Selangor, Kuala Lumpur, Johor & Pulau Pinang Tidak Dilanjutkan, Diganti PKPB

Amri Hassan
02/03/2021
09:55 MYT
Sponsor Banner
PKP Di Selangor, Kuala Lumpur, Johor & Pulau Pinang Tidak Dilanjutkan, Diganti PKPB
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan berakhir pada Khamis ini tidak akan dilanjutkan.
Sebaliknya, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes COVID-19 menunjukkan trend penurunan dengan kadar kebolehjangkitan yang menurun daripada 1.2 kepada 0.8 peratus.
"Sementara itu, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dengan status PKPB," katanya dalam sidang akhbar, pada Selasa.
Ismail Sabri menambah, enam lagi negeri iaitu Melaka, Pahang,, Terangganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status daripada PKPB kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan Perlis kekal berstatus PKPP.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024