Laman Utama

Pilu...Vanessa Angel Sempat Raikan Hari Lahir Bapa Sebelum Pergi Selamanya

Asraf Aided
22/11/2021
03:52 MYT
Sponsor Banner
Pilu...Vanessa Angel Sempat Raikan Hari Lahir Bapa Sebelum Pergi Selamanya
Pemergian pelakon Indonesia Vanessa Angel yang maut dalam kemalangan jalan raya bersama suami, Bibi Adriansyah awal bulan ini masih meninggalkan kesan pilu yang mendalam buat bapanya, Doddy Soedrajat.
Memetik laporan Liputan6, Doddy berkongsi momen istimewa bersama Vanessa sebelum pergi untuk selamanya.
Menurut Doddy, Vanessa sempat meraikan hari ulang tahun kelahirannya pada 14 Oktober lalu dengan mengajak keluar makan malam.
Walhal sebelum ini, perkara sebegitu tidak selalu dilakukan Vanessa kerana kebiasaanya, dia hanya memberi ucapan kepada bapanya itu.
"Vanessa dan Bibi sama-sama meraikan hari lahir saya pada bulan lalu. Vanessa tidak biasa buat begitu, dia ajak saya makan malam.
"Biasanya sebelum ini, dia hanya mengucapkan sahaja pada jam 12 malam," katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Doddy juga menyifatkan sambutan ulang tahun itu adalah yang terindah sepanjang hidupnya.
"Itu sangat meninggalkan kesan, hari itu merupakan ulang tahun kelahiran saya yang sangat terindah dan termewah yang pernah Echa (Vanessa) berikan kepada Daddy, meskipun keluarga kami kecil sahaja," katanya lagi.
Terdahulu, Vanessa dan suaminya disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di jalan Tol Jakarta-Surabaya berdekatan kawasan Nganjuk, Jawa Timur.
Pasangan itu meninggal seorang anak, Gala Sky Adriansyah yang cedera kerana terlibat kemalangan sama.
Kredit Foto: Tribun News
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024