Laman Utama

Pillow Talk Aeril, Wawa; "Nak Tidur Pun Cakap Pasal ..."

Amri Hassan
20/09/2022
11:53 MYT
Sponsor Banner
Pillow Talk Aeril, Wawa; "Nak Tidur Pun Cakap Pasal ..."
Empat tahun membina empayar bisnes Wawa Cosmetics, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak pernah putus usaha untuk membangunkan lagi jenama mereka.
Kata Wawa, mereka harus terus bekerja demi memastikan kelangsungan pekerja dan peniaga di bawah payung mereka dalam keadaan terjaga.
"Kami sentiasa percaya pada rezeki Allah, itu izin-Nya. Namun saya tak nafikan kami memang berusaha keras. Sampai kita suami isteri ni pun asyik bercakap soal bisnes memanjang. Nak tidur pun masih cakap pasal bisnes.
"Sebabnya ramai yang bergantung pada kami. Wawa Cosmetics kini sudah ada sekitar 30 orang pekerja, reseller pun semakin ramai. Kalau kami 'tidur' susah juga tu," ujarnya.
Wawa dan Aeril ditemui pada majlis pelancaran wangian Asmaradana Wawa x Rozyana di Forest Valley, Kajang, baru-baru ini.
Mengulas mengenai kolaborasi bersama TikToker popular itu, kata Aeril, platform terbabit memberi peluang luas kepada sesiapa sahaja.
"Pemilihan Rozyana adalah tepat kerana dia mempunyai jutaan pengikut di TikTok. Trend sekarang pun makin ramai yang aktif di TikTok, jadi kita kena ambil peluang dan ikut perkembangan semasa.
"Malah kebanyakan isu viral pun datang daripada aplikasi itu. Jadi kami jalinkan kerjasama ini selain kaji apa yang tengah trending sekarang.
"Ini kerana walaupun saya dan Wawa selebriti, kami tidak menafikan pengaruh (influencer) daripada pempengaruh lain juga membantu bisnes kami. Tidak boleh berharap kepada kami berdua saja.
"Biarlah pada masa mendatang jenama ini masih mampu bergerak sendiri walaupun kami tidak ke depan," katanya.
Dalam masa sama, Wawa turut mengumumkan kerjasama dengan Rozyana menerima impak positif apabila produk wangian itu sudah terjual 22,000 unit sebelum pelancaran dibuat.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024