Laman Utama

Pernah Positif, Amitabh Bachchan Sedia Fasiliti, Sara Anak Yatim Kehilangan Ibu Bapa Kerana COVID 19

Maliah Surip
20/05/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
Pernah Positif, Amitabh Bachchan Sedia Fasiliti, Sara Anak Yatim Kehilangan Ibu Bapa Kerana COVID 19
Pesohor Bollywood Amitabh Bachchan menzahirkan kepedulian terhadap negaranya, India yang dilumpuhkan dengan serangan COVID 19 apabila menyediakan fasiliti atau kemudahan buat pesakit yang dijangkiti virus tersebut.
The Indian Express melaporkan, penerbit Anand Pandit mengesahkan pusat rawatan dengan 25 katil lengkap oksigen milik Amitabh yang menggunakan kuasanya sebagai pesohor untuk membantu masyarakat sudah dibuka sejak semalam.
Pandit memaklumkan, Amitabh menyediakan fasiliti membantu para pesakit COVID 19 di pusat rawatan Juhu Ritambhara Vishva Vidyapeeth.
"Selepas menjalani ujian, pusat rawatan itu mula beroperasi pukul 10 pagi waktu tempatan pada 18 Mei.
"Amitabh telah memberi dana untuk melengkapkan pusat tersebut dengan fasiliti yang diperlukan dan semuanya telah diluluskan oleh pihak berwajib," kata Pandit yang telah berkolaborasi dengan banyak pihak termasuk aktor Ajay Devgn dalam usaha membantu negara mendepani pandemik tersebut.
Sebelumnya, Amitabh yang pernah dijangkiti COVID 19 menulis dalam blognya dia berharap dengan 25 buah katil dan fasiliti seperti oksigen sudah boleh membantu mereka yang memerlukan.
Selain membantu dana fasiliti di pusat rawatan tersebut, Amitabh juga telah menyalurkan sumbangan di dua buah pusat rawatan COVID 19 yang lainnya iaitu Sri Guru Tegh Bahadur Covid Care Centre di Gurdwara Rakab Ganj Sahib dan Bangla Sahib Gurudwara di Delhi.
Tidak hanya itu, Amitabh membantu mendapatkan bekalan oksigen dari Poland dan kini menyara dua orang kanak kanak yang menjadi yatim piatu selepas kematian ibu dan bapa mereka kerana COVID 19.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024