Hiburan

Pernah Gugur, Rea Kini Hamil 3 Bulan

Zulaikha Yusof
26/12/2019
02:41 MYT
Sponsor Banner
Pernah Gugur, Rea Kini Hamil 3 Bulan
Penyampai radio Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad umum hamil anak pertama selepas selamat bernikah pada 18 November 2018.
Rea akui bersyukur dan gembira dengan rezeki yang dikurniakan selepas mengalami keguguran pada April lalu.
Walau bagaimanapun, Rea sebak mengenangkan arwah ayahnya yang tidak dapat bersama untuk meraikan khabar gembira ini.
"Alhamdulillah syukur ya Allah atas kurniaan rezeki zuriat untuk kami @faeezikhwan.
"Gembira, sebak, sedih semua ada. Perasaan yang bercampur baur.
"Dapat je berita ni, saya terkenangkan arwah ayah saya.
"Saya pernah keguguran pada bulan April 2019, papa cakap tak lama lagi insyaAllah ada rezeki lain.
"Papa yakin. Papa, kalau papa ada lagi mesti papa happy. Al Fatihah untuk papa..
"Terima kasih semua yang mendoakan rezeki untuk kami. Doakan juga saya dan baby selamat sehinggalah tiba waktu melahirkan nanti," tulisnya.
Rea berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam pada itu, Rea mendedahkan dia mengalami alahan yang teruk sepanjang tiga bulan hamil.
"Untuk masa sekarang, saya memang mengalami sickness yang agak teruk bermula dari petang ke malam.
"Memang penat satu badan Allah je tau. Lepas je muntah mesti nangis.
"Alhamdulillah Allah kurniakan saya suami yang penyayang dan sabar. InshaAllah we go thru this together bb @faeezikhwan. Doakan kami ya," tulisnya lagi.
Rea berkahwin dengan pemain dram Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim pada 18 November tahun lalu.
Alhamdulillah syukur ya Allah atas kurniaan rezeki zuriat untuk kami @faeezikhwan ❤️ . Gembira, sebak, sedih semua ada. Perasaan yang bercampur baur. Dapat je berita ni, saya terkenangkan arwah ayah saya. Saya pernah keguguran pada bulan April 2019, papa cakap tak lama lagi inshaAllah ada rezeki lain. Papa yakin. Papa, kalau papa ada lagi mesti papa happy ? Al Fatihah untuk papa.. . Terima kasih semua yang mendoakan rezeki untuk kami. Doakan juga saya dan baby selamat sehinggalah tiba waktu melahirkan nanti. Untuk masa sekarang, saya memang mengalami sickness yang agak teruk bermula dari petang ke malam. Memang penat satu badan Allah je tau. Lepas je muntah mesti nangis. Alhamdulillah Allah kurniakan saya suami yang penyayang dan sabar. InshaAllah we go thru this together bb @faeezikhwan ❤️ Doakan kami ya ❤️ #faeezrea
A post shared by Rea Kool FM ?? (@rea_koolfm) on
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024