Laman Utama

Pernah Dimaki, Sarimah Ibrahim Pesan Hos Jangan Suka ‘Menganjing’ Rakan Pengacara

Azwa Rahman
26/05/2022
10:45 MYT
Sponsor Banner
Pernah Dimaki, Sarimah Ibrahim Pesan Hos Jangan Suka ‘Menganjing’ Rakan Pengacara
Pengacara Sarimah Ibrahim kini mengambil sikap berhati-hati untuk menerima tawaran pengacaraan setelah berdepan insiden dimaki berkali-kali oleh rakan sekerja ketika mengacara majlis berprestij tanah air secara langsung suatu ketika dulu
Menurut Sarimah, dia menyeru kepada sesiapa yang menerima tawaran menjadi hos agar tidak mengamalkan sikap 'syok sendiri' ketika menjalankan tugas di pentas.
“Apa yang boleh saya pelajari daripada pengalaman lalu ialah agar sentiasa berjaga-jaga sebelum terima sesuatu tugas.
“Apabila rakan gandingan sejenis syok sendiri atau rasa diri dia lebih hebat, dia akan cuba jatuhkan kita demi kepentingan sendiri.
“Dia maki saya, namun saya tak berdiam diri dan ada membalasnya ketika itu,” katanya.
Mengakui ia peristiwa paling buruk dalam sejarah hidupnya sebagai pengacara, Sarimah, 44, walau bagaimanapun enggan, enggan mendedahkan siapa pengacara yang dimaksudkannya itu.
Jelas isteri kepada cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar Tunku Nadzimuddin itu, apabila seseorang pengacara mengamalkan sikap mementingkan diri, ia sebenarnya hanya akan merugikan banyak pihak.
“Sikap 'menganjing' merugikan produksi, diri sendiri jadi nampak murah malah membuatkan penonton tak menghargai kehadiran kita sebagai hos.
“Ia tak bagus. Jadinya, semua benda pun ikut 'tenggelam' bersama,” katanya.
Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran platform media sosial FENIX360 di Bangsar, Kuala Lumpur pada Isnin.
FENIX360 ialah sebuah platform artist-centric yang dijangka akan mengubah perniagaan tradisional penggiat seni dengan pengalaman ekosistem 360 dan model pembayaran yang akan membolehkan mereka mengekalkan majoriti hasil pendapatan melalui platform tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024