Berita

Perlukan RM35,000 Untuk Rawatan Penyakit Jantung Berlubang Anak, Vokalis Margasatwa Mohon Bantuan

Rozaimi Zubaidi
09/07/2018
03:10 MYT
Sponsor Banner
Perlukan RM35,000 Untuk Rawatan Penyakit Jantung Berlubang Anak, Vokalis Margasatwa Mohon Bantuan
Vokalis kumpulan Margasatwa, Kimal atau Mohd. Akmal Hakim Mokhtar memohon bantuan orang ramai untuk menampung kos rawatan penyakit jantung berlubang (VSD) yang dihidapi anaknya, Puspa berusia tujuh bulan.
Puspa dilaporkan perlu menjalani pembedahan segera bagi merawat penyakit yang dihadapinya itu.
Akmal yang juga merupakan artis naungan Luncai Emas mengakui dia memerlukan dana berjumlah RM35,000 untuk menampung kos pembedahan dan rawatan anaknya.
Menurut Akmal, dia berharap agar orang ramai dapat meringankan beban yang dihadapinya itu demi menyelamat anaknya daripada penyakit yang dihadapi.
Kepada sesiapa yang ingin meringkankan beban Akmal sekali gus membantu adik Puspa Akmal untuk kembali sihat, boleh menyalurkan bantuan di akaun CIMB 7049493386 Mohd Akmal Hakim Bin Mokhtar.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024