Laman Utama

“Perlu Ke Scene Macam S*x Org* Tu?” - Melampau! Michael Ang Kritik Video Aliff Syukri, Risau Tempias Watak 'Lembut' Kena Ban Di TV

Izwan Isa
21/04/2022
05:20 MYT
Sponsor Banner
“Perlu Ke Scene Macam S*x Org* Tu?” - Melampau! Michael Ang Kritik Video Aliff Syukri, Risau Tempias Watak 'Lembut' Kena Ban Di TV
Sejak beberapa hari lalu, kisah berkenaan klip video lagu Kelepok Raya milik pengusaha kosmetik, Datuk Aliff Syukri hangat diperkatakan umum. Dari babak tarian yang ‘over’ sehinggalah ke ‘pergaduhan’ dengan ibunya, banyak respons yang turut diberikan oleh netizen.
Terbaharu, pengarah popular, Michael Ang difahamkan turut mengkritik tindakan Aliff Syukri yang memuatkan adegan yang tidak menepati norma masyarakat terutama yang beragama Islam dalam video klip berkenaan.
BACA: “Bersongkok Tapi Pakai Singlet?” - PU Syed Kasi ‘Tazkirah’ Free, Mohon Aliff Syukri Hormati Kemuliaan Ramadan
“Lagu dah not bad boleh la memeriah raya kat radio. Tapi perlu ke scene macam s*x org* tu and visual seperti sotong kurita tergesel-gesel bird-bird tu?
“Dah tahu ni Malaysia, nanti akhir-akhir sekali kaum LGBTQ juga yang kena. I boleh predict nanti watak lembut tak akan dibenarkan kat TV lagi! Fikir-fikirkan lah sikit walaupun nak viralkan lagu raya,” katanya.
Michael menambah, sungguhpun mengakui dirinya kelepek kelepok, dia sendiri geli melihat adegan yang dipaparkan.
“Bukan nak mengutuk lagu tu ok… Just the visual a bit geli. Aku yang kelepek kelepok ni tengok pun geli macam nak muntah, apa la lagi ahli-ahli syurga tengok mesti jadi isu. Tapi sebab isu lah lagi banyak orang tengok kan?” tulisnya.
BACA: “Kelepok Tu Maksudnya…”- Aliff Syukri Mengaku Mempromosi Golongan LGBT?
Dalam pada itu, meninjau akaun Instagram Aliff, pemilik beberapa jenama kosmetik itu memberitahu ada yang cemburu terhadap penerbitan lagunya.
“Ada orang cemburu dengan saya sebab lagu saya trending dalam masa lima jam. Korang rasa siapa ek?
“Malas nak nak cari bergaduh… yang penting lagu saya trending… awak jeles mungkin,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024