Laman Utama

Perlis & Sarawak Berlagak Kongsi Gambar Dine-In Di Kedai, Negeri Lain Jealous!

Syafiqah Jalal
06/08/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
Perlis & Sarawak Berlagak Kongsi Gambar Dine-In Di Kedai, Negeri Lain Jealous!
Selepas beberapa bulan tidak merasai suasana makan di kedai, akhirnya penduduk Perlis, Sarawak dan Labuan dapat mengubat kerinduan mereka itu sejak beralih ke fasa 3 kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 4 Ogos lalu.
Lebih membuat pendudukan negeri lain cemburu adalah apabila sejak beberapa hari lalu, media sosial meriah dengan perkongsian gambar penduduk di tiga negeri itu menikmati juadah atau ‘dine-in’ di kedai makan dan restoran kegemaran mereka.
Rata-rata berkongsi gambar dengan kapsyen yang ‘menyakitkan hati’ penduduk negeri lain yang masih berada dalam fasa 1 dan 2 PPN.
Berikut beberapa perkongsian mereka yang sedang ‘berlagak’ dine-in di kedai menerusi laman Twitter:
“Salam dine in dari Sarawak,” tulis salah seorang pengguna twitter.
“Salam Malaysia, dine in dari Perlis Indera Kayangan,” tulis salah warga maya. Perkara itu mengundang ‘cemburu’ kebanyakan pengguna media sosial yang menyatakan kerinduan untuk makan bersama rakan dan keluarga di luar dan berharap dapat berbuat demikian tidak lama lagi.
“Ini yang buat den (saya) dengki ini. Den duduk di Selangor. Alahai makan petai sajalah dalam rumah,” komen salah seorang netizen.
“Terasa hendak mohon surat pergi Perlis sebab hendak dine-in. salam dari Selangor,” ujar salah seorang warga net.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024