Berita

"Perempuan Sekarang Ramai Yang Suka Laki Orang" - Ini Jawapan 'Win' Lisdawati Bila Suami Suruh...

ZULHILMI JALIL
13/08/2020
05:16 MYT
Sponsor Banner
"Perempuan Sekarang Ramai Yang Suka Laki Orang" - Ini Jawapan 'Win' Lisdawati Bila Suami Suruh...
Pelakon Fauzi Nawawi memuat naik sekeping foto bersama isterinya, aktres Lisdawati di Instagram.
Gambar tersebut memaparkan isterinya yang sedang melakukan tenungan mata terhadapnya.
Posting itu kemudian mencuri tumpuan warganet apabila Fauzi mempersoalkan tindakan isterinya yang seolah-olah tidak puas untuk menatap dirinya sepanjang hidup bersama.
"Jangan tenung lama sangat, nanti cair, tak puas lagi ke tengok?!," katanya dalam entri tersebut.
Begitupun, gurauan Fauzi itu kemudian disambut Lisdawati yang merasakan tiada salahnya untuk dirinya sebagai isteri untuk berbuat demikian.
"Sebelum orang lain tenung, baik saya tenung. Perempuan sekarang ni ramai yang suka laki orang," balasnya di ruangan komen.
Bahkan, dalam satu entri berasingan, Lisdawati turut menasihati orang ramai untuk tidak melihat mata suaminya bila berbicara.
"Fauzi memang suka tenung orang. Jadi, sesiapa bercakap dengan dia jangan tengok mata dia," selorohnya.
Pada masa sama, netizen turut menyifatkan apa yang diperkatakan Lisdawati itu ada benarnya.
"Ayat Lisdawati paling win di abad ini. Dengar baik-baik abang Fauzi. Kalau tak nak belakang kapak jangan cuba menggoda perempuan lain.
"Kalau orang menggoda abang Fauzi sekali pun, kena tetapkan hati tetapkan iman dan berkatalah hanya maut memisahkan aku dan isteri," komen pengikutnya.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fauzi turut mempunyai empat lagi orang anak lain.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024