Hiburan

"Percayalah, Bella Bukan Berlaku Curang" - Datin Patimah Ismail

Amri Hassan
05/04/2024
20:52 MYT
Sponsor Banner
"Percayalah, Bella Bukan Berlaku Curang" - Datin Patimah Ismail
Mentua kepada pelakon Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah Ismail menyifatkan Bella Astillah berada di pihak yang benar.

BERITA TRENDING: Dibandingkan Dengan Mentua Puteri Sarah, Ini Respons Ibu Aliff Aziz!

PILIHAN PEMBACA: Netizen Bandingkan Ibu Mentua Bella Astillah, Puteri Sarah - "Anak Curang 11 Kali, Mak Duk Back Up"

Tegas Patimah, Bella bukan berlaku curang sepertimana yang didakwa segelintir warganet susulan tularnya kisah bersama seorang pelakon lelaki baru-baru ini.
Sebaliknya, apa yang dilakukan Bella hanya mencari seseorang untuk mengadu berikutan sikap ketidakpedulian suami.
"Percayalah Bella bukan berlaku curang, saat suami tidak peduli dia mencari insan tempat mengadu cuma," tulisnya menerusi ruang komen di sebuah portal hiburan.
Walaupun komen yang ditinggalkan Datin Patimah seperti belum selesai, ramai yang tetap menyokong dan memberikan reaksi positif.
"Puan adalah mentua yang diidamkan setiap wanita. Memahami hati menantu.
"Harap bakal ibu mendua ambil contoh Datin. Tak semua yang anak sendiri buat itu mak kena sokong dan back up.
"Datin, best MIL dalam dunia.
"Terima kasih memahami hati sesama wanita," komen beberapa warganet.

BERITA TRENDING: “Papa, Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami” - Puteri Sarah Kongsi Mesej Daripada Yusof Haslam

Terdahulu, rumah tangga Bella Astilla terpalit kontroversi apabila suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas kejadian tersebut.
Bagaimanapun Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.
Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu disebut semula pada Khamis lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024