Laman Utama

Penyanyi Era 80-An, Ibnor Riza Meninggal Dunia

Firdaus
17/12/2023
08:54 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Era 80-An, Ibnor Riza Meninggal Dunia
Penyanyi era 80-an Ibnor Riza telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang Ahad.
Ibnor atau nama sebenarnya Ibnor Riza Ibrahim, 62, meninggal dunia setelah dua minggu tidak sedarkan diri di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HTCM).

BERITA TRENDING: Susut & Ketiadaan Rambut, Ibnor Riza Kongsi Wajah Terkini Selepas Hidap Kanser Limfoma -"Doakan Saya…

Pemergian penyanyi itu dikongsi oleh rakan artis Salwa Abd Rahman menerusi hantaran Instagram.
“Sahabatku sudah tiada. Semoga arwah tenang dan damai di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulisnya.
Semalam penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah itu dilaporkan kritikal dan masih ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Ibnor yang disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu sehingga kini difahamkan sudah melakukan kemoterapi sebanyak sembilan kali.
Sejak disahkan sakit, dia membelanjakan sekitar RM80,000 bagi kos perubatan dengan menggunakan kesemua wang simpanan selain menjual tiga buah kereta miliknya.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024