Laman Utama

Penumpang Lain Pertahan Pemandu Bas Tidak Bercumbu - “Memang Aniaya Orang La Tukang Rekod Ni”

Izwan Isa
15/11/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Penumpang Lain Pertahan Pemandu Bas Tidak Bercumbu - “Memang Aniaya Orang La Tukang Rekod Ni”
Semalam, kecoh di laman sosial mengenai isu seorang pemandu bas wanita yang dikatakan bercumbu dengan seorang kakitangan lelaki daripada syarikat sama.
Menerusi satu potongan video yang viral, ramai dalam kalangan netizen mengkritik dan mengutuk tindakan dua kakitangan syarikat pengangkutan berkenaan.
Menerusi laporan media, dikatakan pihak syarikat pengangkutan berkenaan telah mengambil tindakan terhadap dua individu tersebut dengan memotong gaji terakhir selain dibuang kerja serta merta.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Pernah Bergelar Pemandu Grab, Hady Mirza Akui Gegar Vaganza Banyak Ubah...

Namun, lain pula ceritanya dengan satu kenyataan lain yang dikongsikan oleh seorang pengguna platform X selepas isu berkenaan viral.
Menurut individu itu, dia dan isterinya duduk di belakang pemandu bas dan tuduhan bercumbu ketika memandu adalah tidak benar sama sekali.

BERITA TRENDING: “Tindakan Susulan Ke Atas Pemandu…” Didakwa Sengaja Tinggal Penumpang Lewat Seminit, Mara Liner Tampil...

“Kenapa la fitnah orang sampai macam ni, aku dan isteri duduk betul-betul belakang driver bas ni, driver ni bukan bercium pun, dia tolong betulkan radio box dekat belakang seat driver tu ha.
“Dan masa video ni direkod, masa ni baru je masuk highway, lepas Tol Skudai, pak cik ni pergi rehat kat belakang sampai kat Ayer Keroh dorang tukar shift sampai ke TBS, haih memang aniaya orang la tukang rekod ni, aku tahu tukang rekod ni perempuan. Muka innocent tapi kaki fitnah,” katanya.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar