Gaya Hidup

Penuh Nostalgik! PlayStation Lancar Jam Tangan Dengan Rekaan Paling Cool

Hanafis Haris
26/09/2019
10:01 MYT
Sponsor Banner
Penuh Nostalgik! PlayStation Lancar Jam Tangan Dengan Rekaan Paling Cool
Pada yang lahir sekitar tahun 90-an, pastinya anda masih mengingati reka bentuk asal konsol permainan PlayStation.
Jenama konsol pertama dikeluarkan oleh Sony pada 1994 itu telah menjadi kegilaan ramai anak muda ketika era berkenaan.
Namun, 25 tahun telah berlalu dan bagi mengembalikan momen kegemilangan itu pihak Sony telah pun melancarkan jam tangan yang diinspirasikan oleh rekaan konsol tersebut.
Jika dilihat pada rekaan jam tangan ini, memang saling tidak tumpah dengan bentuk PlayStation pertama.
Jam tangan ini hadir dengan lampu backlit yang berfungsi untuk memaparkan waktu.
Selain itu terdapat serta tiga butang pilihan yang direka hampir sama dengan konsol PlayStation.
Difahamkan harga jam ini dijual sekitar RM104.
Walaubagaimanapun bagi pandangan Gempak, jam ini kelihatan sedikit murah mungkin disebabkan material yang digunakan.
Namun, bagi anda yang mahukan elemen nostalgik pada jam tangan, peranti ini pastinya pilihan yang tepat!
Anda boleh lihat video penuh yang dikeluarkan pihak Sony.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024