Hiburan

Pentas Tak Tepati Piawaian Keselamatan, Dua Lipa Umum Batal Konsert Di Jakarta Sehari Sebelum Berlangsung

Umirah Halim
09/11/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Pentas Tak Tepati Piawaian Keselamatan, Dua Lipa Umum Batal Konsert Di Jakarta Sehari Sebelum Berlangsung
Penyanyi Dua Lipa telah mengumumkan pembatalan konsert jelajah Asia Radical Optimism yang sepatutnya berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Sabtu ini.

Masalah keselamatan pentas

Menerusi hantaran di akaun Instagram Storynya, Dua Lipa memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas pentas yang disediakan di lokasi Indonesia Arena oleh pihak penganjur didapati tidak menepati piawaian keselamatan.
"Dengan perasaan sedih saya ingin mengumumkan tidak dapat membuat persembahan di Jakarta.
"Saya sudah berada di sini dan bersedia untuk mengadakan persembahan tetapi ia tidak dapat diteruskan kerana keadaan pentas yang tidak selamat," tulisnya.
Pembatalan konsert tersebut ternyata mengecewakan peminat setia Dua Lipa yang menantikan untuk menonton persembahan idola mereka
Malah ramai menyalahkan penganjur yang membuat kerja sambil lewa serta mengabaikan aspek penting dalam sesebuah konsert.
“Salahkan penganjur sebab tak menepati piawai pentas.
“Salah organizer tak pandai nak uruskan. Bukan salah artis.
“Kawan saya dah fly tadi pergi Jakarta nak tengok Dua Lipa tu je,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, pelantun lagu Levitating itu kini berada di Jakarta selepas mengadakan konsert dua malam di Stadium Tertutup Singapura pada 5 dan 6 November lalu.
Dua juga bakal mengadakan konsert di Filipina, Thailand dan Malaysia.
Terdahulu, Dua Lipa pernah membuat penampilan ke KL Live, Malaysia bagi menganjurkan konsert Dua Lipa Live In Kuala Lumpur pada Februari 2018. Malah sebelum itu, Dua menjadi sebahagian daripada penghibur di festival Good Vibes 2017 bertempat di Gohtong Jaya, Genting Highland.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar