Laman Utama

"Penonton Tak Terkawal, Merusuh" - Pengunjung Malaysia Kongsi Situasi Cemas Festival Berdendang Bergoyang Di Indonesia

Amri Hassan
30/10/2022
05:25 MYT
Sponsor Banner
"Penonton Tak Terkawal, Merusuh" - Pengunjung Malaysia Kongsi Situasi Cemas Festival Berdendang Bergoyang Di Indonesia
Festival muzik Berdendang Bergoyang yang dibatalkan penganjurannya masuk hari ketiga hari ini disebabkan puluhan penonton pengsan pada Sabtu turut dihadiri peminat dari Malaysia.
Berkongsi pengalaman menyaksikan festival muzik tersebut dari hari pertama hingga Sabtu, salah seorang pengunjung dari Malaysia yang enggan namanya didedahkan memberitahu keadaan mulai tidak terkawal apabila jumlah kemasukan penonton terlampau ramai.
BACA: Puluhan Pengsan Di Festival Berdendang Bergoyang Di Indonesia, Acara Hari Ketiga Dibatalkan!
"Kalau tak salah, pengajur 'terlebih jual' tiket hingga menjadikan keadaan terlalu padat. Masa nak masuk lagi sudah bertolak-tolak dan sama juga situasinya apabila mahu keluar dari tempat acara.
"Saya terpaksa keluar awal walaupun banyak lagi penyanyi yang belum membuat persembahan. Memang tidak teratur, wristband tiada barcode, tiada pemeriksaan rapi pengunjung yang hadir. Ibaratnya kalau tipu pun tiada siapa tahu.
"Tiada juga laluan yang jelas untuk penonton keluar dan masuk. Satu pintu untuk semua. Untuk bergerak ke pentas lain selepas setiap persembahan, pasti akan ada merusuh dan sangat sesak!" kongsinya kepada Gempak.
Bagaimanapun, individu berkenaan sempat keluar dari lokasi pentas yang terlampau sesak itu sebelum keadaan menjadi kecoh.
"Saya mulai rasa sesak ketika Tulus membuat persembahan, kemudiannya terus berlalu keluar.
"Suasana di luar stadium lagi hingar-bingar berbanding di dalam. Kawasan 'Bergelora Stage' antara yang paling luas dan paling padat.
"Hari Sabtu paling ramai yang hadir kerana barisan artis yang membuat persembahan pun lebih popular," tambahnya.
Festival muzik Berdendang Bergoyang membuka tirai pada Jumaat lalu dengan membuka lima pentas berbeza iaitu Berdendang Stage, Bergoyang Stage, Bergembira Stage, Berdansa Stage dan Bergelora Stage.
Ia membariskan penyanyi popular antaranya Rizky Febian, Melly Goeslaw, Pamungkas, Padi Reborn, Armada, Siti Badriah, Tulus, Isyana Sarasvati, Ardhito Pramono, Rhoma Irama, Nidji, Ungu, Yovie Nuno dan ramai lagi.
Manakala, antara senarai artis yang dijadualkan pembuat persembahan pada hari terakhir (Ahad) ialah Marcell Siahaan, Rossa, Radja, D'masiv, Maliq & D'Essentials dan ramai lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024