Berita

Peninju Floyd Mayweather Tanggung Semua Kos Pengebumian George Floyd

Azwa Rahman
03/06/2020
10:15 MYT
Sponsor Banner
Peninju Floyd Mayweather Tanggung Semua Kos Pengebumian George Floyd
Peninju lagenda Floyd Mayweather menghantar cek berjumlah 70,000 pound (RM375,275) untuk membiayai majlis pengebumian George Floyd.
Dia juga akan menanggung segala perbelanjaan untuk urusan pengebumian yang akan diadakan di kampung halaman Floyd di Houston pada 9 Jun ini.
Memetik laporan TMZ, Mayweather turut menawarkan untuk membayar segala perkhidmatan di Minnesota dan Carolina Utara.
"Kita melakukan perkara berbeza dengan bermacam cara, jadi pasukan kami memberi sumbangan dengan cara ini.
"Ia datang daripada kami semua, sebagai satu pasukan. Sumbangan kami untuk masyarakat.
"Akan ada tiga, mungkin empat majlis, tetapi saya sanggup tanggung kos kesemuanya," kata Mayweather kepada Agensi.
Minggu lalu rusuhan kaum di Amerika Syarikat tercetus apabila seorang warga Afrika-Amerika George Floyd meninggal dunia selepas mengalami masalah kesukaran bernafas.
Rakaman video menunjukkan Floyd bergelut untuk bernafas hampir sembilan minit apabila salah seorang pegawai polis Minneapolis menekan lehernya dengan lutut.
Floyd ditangkap setelah polis menerima laporan dari sebuah pasar raya yang mendakwa dia menggunakan wang palsu ketika membeli barang.
Rusuhan merebak ke 30 bandar di Amerika Syarikat, dengan Presiden Donald Trump kini bersedia mengerahkan askar untuk mengawal keadaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024