Laman Utama

Pengurus Shuib Jawab Spekulasi Kereta Disita SPRM

Fiza Kamarudin
08/10/2020
09:28 MYT
Sponsor Banner
Pengurus Shuib Jawab Spekulasi Kereta Disita SPRM
Semalam tular di media sosial, foto puluhan kereta berjenama mewah disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Difahamkan kesemua kereta yang disita berkait rapat dengan siasatan terhadap kes penggubahan wang haram dan sindiket Macam Scam.
Bagaimanapun spekulasi mula timbul apabila warganet mendakwa, ada di antara kereta tersebut mirip pacuan empat roda jenis Ford Mustang milik pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu.
Pihak pengurusan Shuib, Indigital Music ketika dihubungi Gempak memohon maaf kerana tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan tersebut.
“Minta maaf, kami tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes ini masih dalam siasatan SPRM.
“Bukan tidak mahu mengulas lanjut tetapi kami harap semua faham dengan situasi ini. Betul atau tidak itu kereta Shuib, biarlah orang terus berspekulasi,” kata Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohd Rom. *Foto carian google*
Terdahulu media melaporkan SPRM telah membeku sebanyak 750 akaun milik seorang ahli sindiket Macau Scam dan Perjudian yang membabitkan nilai RM75 juta.
Selain itu, SPRM turut menyita rumah dan 24 kereta mewah milik lapan individu yang ditahan baru-baru ini di mana lima daripadanya adalah milik seorang lelaki bergelar datuk.
Antara kereta yang disita berjenama Bentley, (Ford) Mustang, Roll Royce, Ferrari, Lamboghini, Porche, (Nissan) GTR dan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi.
Beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan 'mencuci' duit haram.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024