Berita

Pengunjung Ambil Risiko Bersesak Di Pulau Langkawi Walaupun Kes COVID 19 Masih Tinggi

Maliah Surip
29/12/2020
07:10 MYT
Sponsor Banner
Pengunjung Ambil Risiko Bersesak Di Pulau Langkawi Walaupun Kes COVID 19 Masih Tinggi
Sejak pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, Pulau Langkawi menjadi salah satu destinasi percutian paling 'panas'.
Terkini, banyak foto tular menunjukkan bagaimana beberapa 'hotspot' di Pulau Langkawi dipercayai di Pantai Cenang padat dengan pengunjung.
Malah menurut tinjauan AWANI, Terminal Feri Kuala Perlis mendapati sebahagian besar penumpang yang ingin masuk ke terminal tidak mengamalkan penjarakan fizikal malah beratur dalam keadaan rapat antara satu sama lain.
Difahamkan, pengurusan terminal itu menempatkan kakitangan serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk mengawal keadaan, namun suasana menjadi luar kawalan terutama ketika penumpang berada di pintu masuk bangunan.
Astro AWANI turut difahamkan keadaan itu berlaku hampir setiap hari berikutan pertambahan pelancong domestik yang ke pulau peranginan berkenaan, lebih-lebih lagi sejak cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti Krismas.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom berkata pihaknya menambah baik beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mencegah penularan wabak COVID-19.
"Ia termasuk mengehadkan individu yang berada di kawasan menunggu (dalam terminal) dengan penumpang hanya dibenarkan memasuki kawasan berkenaan sejam sebelum masa pelepasan feri.
"Kita juga menambah bilangan pekerja bagi tugas memantau di kawasan pintu masuk feri agar tidak ada kesesakan yang serius selain memastikan pengguna perkhidmatan feri memakai pelitup muka sepanjang masa.
"(Ada) Penumpang-penumpang telah mula lupa bahawa mereka masih tertakluk kepada SOP dan tidak jaga penjarakan fizikal.
"Kita lihat penumpang-penumpang masih berebut-rebut untuk memasuki dan keluar dari feri," katanya kepada Astro AWANI.
Baharin berkata pihaknya turut bersedia menambah kekerapan perjalanan feri sekiranya mendapati permintaan khususnya pembelian tiket secara dalam talian dan fizikal di kaunter meningkat sekali gus dapat mengelakkan orang ramai bersesak pada satu-satu masa.
Katanya, semalam Ferry Lines Ventures membuat 10 perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi bermula jam 8 pagi hingga jam 9.30 malam melibatkan 4,790 penumpang.
Sebelum ini, Konsortium Ferry Line Ventures menyatakan kesediaan untuk menerima lebih 20,000 pengunjung dalam masa sehari dengan menambah kekerapan perjalanan dari terminal di Kuala Kedah dan Kuala Perlis.
Kredit Foto: Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024