Hiburan

Penggiat Seni K-pop Berkabung Susulan Kematian Mengejut Sulli

Kamaruddin Razal
16/10/2019
16:22 MYT
Sponsor Banner
Penggiat Seni K-pop Berkabung Susulan Kematian Mengejut Sulli
Konsert, aktiviti promosi dan sidang akhbar di seluruh Korea Selatan dibatalkan pada Selasa susulan kematian penyanyi dan pelakon terkenal Sulli, lapor Astro Awani.
Sulli atau nama sebenarnnya Choi Jin-Ri ditemui maut di rumahnya berhampiran Seoul pada Isnin.
Pengurusnya berkata, Sulli, 25 tahun, yang juga bekas anggota kumpulan f(x) mengalami masalah depressi.
BACA: Gagal Dihubungi, Pengurus Temui Sulli Mati Di Rumahnya
Namun demikian, tiada nota bunuh diri ditemui namun polis pada Selasa mengesahkan menemui sebuah jurnal yang disimpan Sulli.
Kesemua artis di bawah naungan SM Entertainment yang mewakili Sulli telah membatal serta menangguhkan kesemua program yang dirancang.
BACA: “Hidup Saya Kosong…” - Sulli Mengaku Pura-Pura Gembira
Super M, yang diwakili beberapa kumpulan K-pop seperti Shinee, EXO dan NCT telah menghentikan rakaman pada Isnin.
Penyiar televisyen CJ E&M membatalkan sidang akhbar mengenai program variety Somebody 2 dan Chicken Road yang dijadualkan pada Selasa.
Sejak 24 jam kematian Sulli, isu yang dibawa media sekali lagi tertumpu kepada pembulian siber.
Sulli sebelum ini menerima kecaman daripada pengkritik atas talian mengenai hubungan peribadi, pakaiannya serta komen lantangnya mengenai feminisme.
Artis dan selebriti di Twitter dan Instagram menyatakan ucapan takziah dan menyalahkan pengkritik atas talian menjadi punca tragedi tersebut.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024