Hiburan

Pengacara, Primeworks Studios Mohon Maaf Kepada Watson Nyambek

Fiza Kamarudin
23/04/2017
11:38 MYT
Sponsor Banner
Pengacara, Primeworks Studios Mohon Maaf Kepada Watson Nyambek
Pengacara Sukan Tak Sentral, Ammar, 29, telah membuat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Watson Nyambek selepas dikatakan mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara itu menerusi program komedi tersebut.
Menerusi sebuah kenyataan Ammar dengan rendah diri memohon maaf secara peribadi kepada keluarga Watson.
“Saya ingin memohon maaf kerana tanpa sedar telah mempersendakan nama baik ayah saudara Watson. Saya amat menghormati atlet negara tersebut atas kejayaan beliau yang telah mengharumkan nama Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Saya juga amat berterima kasih dan menerima segala komen yang diberikan dan akan menjadikannya sebagai panduan untuk saya lebih berhati-hati dalam menjalankan tugasan pada masa akan datang dan lebih peka menjaga sensitiviti masyarakat.
“Sekali lagi, saya memohon maaf kepada semua di atas kekhilafan saya ini dan akan memastikan perkara ini tidak akan diulangi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Ahmad Izham Omar dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya kesal dengan kejadian itu dan amat menghormati Watson, bapa dan keluarganya.
"Selaku Ketua Pegawai Ekskutif, syarikat penerbitan rancangan Sukan Tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9 dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada saudara Watson Nyambek gara-gara mempersendakan nama baik ayah beliau.
"Kejadian yang berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.
"Kami amat menghormati Watson, bapa dan keluarganya. Beliau adalah seorang jaguh pecut negara serta atlet yang telah banyak berjasa mengharumkan nama negara," katanya.
Tambahnya lagi, Primeworks Studios telah memberi peringatan kepada semua kakitangannya untuk sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan diterbitkan.
"Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah kerja operasi kami bagi mengelakkan kejadian ini berulang," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024