Laman Utama

PEMULIH: Rakyat Tarik Nafas Lega, Boleh 'Top Up' Komitmen Bulanan - "Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan ..."

Zulaikha Yusof
28/06/2021
16:28 MYT
Sponsor Banner
PEMULIH: Rakyat Tarik Nafas Lega, Boleh 'Top Up' Komitmen Bulanan - "Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan ..."
Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin telah membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa lega.
Hasil pemerhatian Gempak di media sosial, rata-ratanya bersyukur kerana bantuan yang diberikan boleh menampung kehidupan mereka sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1.
"Alhamdulillah terima kasih Allah kerana permudahkan masalah rakyat. Amin.
"Bersyukur la agar dikurniakan lagi rezeki kita nanti. Dari tak ada langsung. Boleh juga 'top up' untuk komitmen bulanan. Allah dah janji dalam al-Quran yang bermaksud, 'bersyukur la nescahaya akan ku tambahkan lagi rezeki dan nikmat kepadamu.' Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan wahai marhaen sekalian.
"Terima kasih semoga Allah permudahkan segala urusan abah, mengganjari usaha abah dan kerajaan dengan sebaik-baik ganjaran.
"Dah bagi bising, tak bagi bising. Cuba la belajar bersyukur. Jangan ingat rezeki ini datang melalui pengumuman tadi saja. Lagi afdhal sujud syukur. Mana tahu-tiba dapat rezeki lain yang boleh tolong meringankan beban," antara komen-komen pengguna.
Antara intipati pengumuman PEMULIH adalah bermula Ogos ini kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang.
Selain itu, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan.
BACA: PEMULIH: Bantuan i-Citra KWSP Sehingga RM5000, Moratorium Enam Bulan Tanpa Syarat
Di samping itu, semua ahli parlimen akan mendapat peruntukan sebanyak RM300,000 bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat terjejas.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024