Laman Utama

Peminat Tempe, Ikan Bilis & Sambal, Scha dan Awal 'Lahirkan' Schambal

Mya Amri
10/05/2021
12:20 MYT
Sponsor Banner
Peminat Tempe, Ikan Bilis & Sambal, Scha dan Awal 'Lahirkan' Schambal
Pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya muncul dengan produk baharu iaitu Schambal.
Produk yang dikeluarkan menggunakan jenama Amina Food itu dinamakan bersempena dengan anak keduanya, Lyla Amina.
Menurut Awal, idea untuk menghasilkan Schambal muncul sewaktu Scha hamil anak kedua mereka.
“Sewaktu Scha mengandungkan anak kedua, Scha suka sangat makan sambal terutamanya yang pedas dan kering.
“Apa sahaja makanan yang dimakan mesti kena ada sambal kering. Kalau makan roti sekali pun dia dia akan bubuh sambal kering kemudian kapit dua dan makan.
“Jadi disebabkan itu juga, maka datangnya idea untuk menghasilkan produk Schambal ini,” katanya ketika ditemui Gempak. Dalam pada itu, Scha juga menjelaskan sebelum ini dia agak takut untuk makan makanan yang pedas kerana pernah menghidap apendiks.
“Dulu saya pernah menghidap apendiks dan perkara itu membuatkan saya serik untuk makan makanan pedas.
“Adalah lebih kurang bertahun juga tidak menikmati makanan yang pedas tapi lain pula jadinya bila saya mengandungkan Lyla.
“Hampir setiap hari saya teringin betul nak makan pedas. Lagi-lagi yang jenis sambal kering tu. Saya pula memang peminat ikan bilis dan tempe, jadi bila dapat tu memang rasa nikmat.
“Dari situlah terhasilnya Schambal dan kami mengambil masa setengah tahun untuk keluarkan produk ini.
“Sebenarnya dah lama kami pasang niat untuk menghasilkan jenama produk makanan kegemaran kami. Alhamdulillah, kini baru terlaksana,” jelasnya.
Schambal hadir dengan dua jenis hidangan iaitu Schambal Garing Ikan Bilis dan Schambal Bilis Garing Tempeh.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024