Hiburan

Peminat Bergaduh, Dakwa Raysha Rizrose Tak Pakai Coli Ke Majlis Anugerah

Rozaimi Zubaidi
22/11/2016
06:39 MYT
Sponsor Banner
Peminat Bergaduh, Dakwa Raysha Rizrose Tak Pakai Coli Ke Majlis Anugerah
Peminat pelakon Raysha Rizrose dilihat berbalah akibat daripada pakaian yang di pakai oleh pelakon itu ketika melalui karpet merah di Anugerah Skrin 2016 baru-baru ini.
Menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik oleh kakaknya pelakon Nelydia Senrose, dia didakwa tidak memakai pakaian dalam ketika melalui karpet merah dalam acara gilang gemilang tersebut.
Gara-gara penampilan Nelydia bersama adiknya Raysha Rizrose, gambar itu menjadi perbualan hangat netizen yang mendakwa ternampak sesuatu yang tidak sepatutnya.
Ada di antara mereka mengatakan bahawa pelakon itu tidak sensitif mengenai pemilihan pakaian yang hendak dipakai sehingga menampakkan puting buah dadanya.
Mereka juga ada menasihatinya supaya lebih berhati-hati dalam mengenakan pakaian ketika menghadiri majlis yang besar.
Bagaimanapun Raysha telah memberi kenyataan tentang isu tersebut kepada Harian Metro.
Katanya, isu tersebut sangat lucu kerana kebanyakan mereka (keyboard warrior) hanya tahu memberikan komen sesuka hati.
“Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya.
“Ramai juga yang mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal dan kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu.
“Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” katanya kepada Harian Metro.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024