Berita

"Pemakaian Purdah 1 Lapisan Tak Cukup" - KKM Syor Wanita Berpurdah Pakai Pelitup Muka 3 Lapisan

ZULHILMI JALIL
22/10/2020
13:20 MYT
Sponsor Banner
"Pemakaian Purdah 1 Lapisan Tak Cukup" - KKM Syor Wanita Berpurdah Pakai Pelitup Muka 3 Lapisan
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan golongan wanita berpurdah untuk menggunakan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, individu yang memakai purdah boleh memilih sama ada untuk menggunakan pelitup muka dari jenis perubatan atau fabrik.
"WHO sudah mengesyorkan pemakaian tiga lapisan fabrik, jadi kita kena ikut WHO. Pastikan ada tiga lapisan, kalau pemakaian purdah satu lapisan, satu lapisan itu tak cukup.
"Kita syorkan mereka yang pakai purdah dalam itu boleh pakai pelitup muka sama ada fabrik atau pun pelitup muka tiga lapis," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang disiarkan secara live di Facebook KKM hari ini.
Jelas beliau lagi, terdapat dua jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.
"Pelitup muka perubatan digunakan oleh petugas kesihatan, orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan dan golongan berisiko tinggi seperti warga emas, pesakit kronik, kencing manis dan darah tinggi.
"Manakala, penggunaan pelitup bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak mempunyai gejala tetapi berada di tempat awam," jelasnya lagi.
Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara juga telah menetapkan untuk mewajibkan individu yang ingin berada di tempat awam untuk memakai pelitup muka bermula 1 Ogos 2020.
Kredit foto: Awani & Onmanorama
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024