Laman Utama

Pelitup Muka Tidak Diwajibkan Di Tempat Tertutup, Namun Dengan Syarat Ini

Maliah Surip
07/09/2022
09:30 MYT
Sponsor Banner
Pelitup Muka Tidak Diwajibkan Di Tempat Tertutup, Namun Dengan Syarat Ini
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memutuskan pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup bukan lagi satu kewajipan.
Pemakaian pelitup muka di dalam mana mana premis diberi kelonggaran sebagai pilihan berkuat kuasa serta-merta, lapor Berita Harian.
Ia termasuklah sama ada pemilik premis masih mahu pengunjung yang datang terus patuh memakai pelitup muka atau sebaliknya.
Pengumuman tersebut diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Persatuan Perubatan Biosimilar dan Generik Antarabangsa (IGBA) - Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) di sini, hari ini.
Meski sudah memberi kelonggaran untuk pelitup muka tidak lagi perlu dipakai di dalam bangunan atau premis, namun terdapat beberapa lokasi yang masih mewajibkan pemakaiannya.
Berikut senarai premis atau bangunan serta syarat yang masih MEWAJIBKAN pemakaian pelitup muka.
1. Pelitup muka wajib dipakai sekiranya positif COVID-19 atau bergejala, menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.
2. Pelitup muka wajib dipakai ketika berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan yang setara dengannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024