Laman Utama

Pelakon Indonesia Nangis, Anak Lelaki Dibuli Di Sekolah Gara-Gara Isu 'Kemaluan Bau Ikan Masin' - "Dia Trauma, Takut Bila Lihat ..."

Amri Hassan
10/05/2022
14:43 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Indonesia Nangis, Anak Lelaki Dibuli Di Sekolah Gara-Gara Isu 'Kemaluan Bau Ikan Masin' - "Dia Trauma, Takut Bila Lihat ..."
Pelakon Indonesia, Fairuz A Rafiq kembali bercerita tentang isu dengan bekas suaminya, Galih Ginanjar yang kerap muncul di kaca televisyen dan podcast YouTube sejak akhir-akhir ini.
BACA: "Harga Diri Aku Dipijak-Pijak!" - Isu Hina Kemaluan Berbau Ikan Masin, Aktres Masih Belum Sedia Maafkan Bekas Suami
BACA: Pernah Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin, Pelakon Indonesia Gatal-Gatal Dalam Penjara
BACA: Artis Indonesia Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin Menangis Nak Jumpa Anak - "Mungkin Bila Dosa Saya Sudah Habis Ditebus ..."
Pernah tular dengan kontroversi isu kemaluan berbau ikan masin, Fairuz bagaimanapun memberitahu telah memaafkan segalanya yang telah terjadi dalam hidupnya sebelum ini.
Malah, isteri kepada Sonny Septian itu berharap agar tiada lagi pihak yang mengganggu keluarganya selepas ini.
"Aku sudah maafkan semua yang terjadi. Tapi itu dia, saat ini cuma aku minta biarkan saja dia (anak) hidup dengan normal tanpa ada gangguan lain-lain lagi.
"Aku mahu kebahagiaan anak dan tak diganggu apa-apa lagi, kasihan," katanya yang muncul dalam rancangan Celoteh Melaney pada Khamis lalu.
Fairuz yang menangis ketika membuka semula kisah terbabit bagaimanapun ditenangkan oleh anaknya, King Faaz yang turut sama beremosi.
Malah, King Faaz. 10, mengakui sedar akan apa yang terjadi kepada keluarganya dan kerap menerima gangguan dari teman-temannya ekoran cerita yang tular tentang ibunya itu.
Malah, ada yang menjadikan bualan dan kerap bertanyakan King Faaz tentang perseteruan kedua-dua orang tuanya.
"Abang (bahasakan diri sendiri) sudah tahu apa yang terjadi. Di sekolah dan ini juga. Di sekolah juga dibuli," kata King Faaz.
Sahut Fairuz kemudiannya; "Abang kan sekarang kuat ya. Punya adik-adik yang lucu dan kita bahagia."
Ekoran kontroversi terbabit, King Faaz berdepan trauma apabila melihat kumpulan wartawan kerana takut ditanya tentang bapanya, Galih serta kes ikan masin.
"Ketika majlis buka puasa baru-baru ini ketika mahu diwawancara dia lari. Jadi trauma, ketakutan.
"Akhirnya setiap kali melihat wartawan dia kata tak mahu dan menjadi takut sangat. Padahal pada mulanya okey saja," kongsi Fairuz lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024