Viral

Pelajar Sekolah Ini Tukar Cara Percakapan Dengan Agong, Sempat 'Promote' Akaun IG Kawan Lelaki - "Dah Lama Sangat Mereka Hidup Solo"

Zulaikha Yusof
29/06/2020
08:00 MYT
Sponsor Banner
Pelajar Sekolah Ini Tukar Cara Percakapan Dengan Agong, Sempat 'Promote' Akaun IG Kawan Lelaki - "Dah Lama Sangat Mereka Hidup Solo"
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Dharshini Magandran, 17, meluahkan rasa teruja selepas dapat bertemu empat mata dengan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Seri Paduka mengadakan lawatan kerja ke sekolah bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula pada 24 Jun lalu.
Ketika dihubungi Gempak, Dharshini berasa bangga kerana Seri Paduka memilih sekolahnya untuk dilawati.
"Saya sangat teruja apabila berpeluang jumpa dan berasa bangga apabila Seri Paduka melawat sekolah kami.
"Ini merupakan kali pertama saya bertemu dan kami meluangkan masa dalam 15 minit.
"Kami masih mengikut protokal dan hanya menjawab soalan yang Seri Paduka tanya saja.
"Seri Paduka hanya bertanya beberapa soalan iaitu nama, tempat tinggal dan bagaimana dengan norma baru," katanya. Tambah Dharshini, dia terpaksa menukar cara percakapannya ketika bertutur dengan Seri Paduka memandangkan dia seorang rap.
"Saya tak gementar waktu tu tapi saya jenis yang bercakap laju seperti rap. Untuk hari itu, saya tak rap dan bercakap dengan rentak perlahan bersama Seri Paduka," katanya lagi.
Dalam pada itu, Dharshini akui tindakannya mendedahkan akaun Instagram (IG) kawan lelakinya di Twitter hanya sekadar hiburan.
"Mereka okey saja saya kongsi sebab dah lama sangat mereka hidup solo," katanya sambil ketawa.
BACA: Remaja Ini Terkedu & Terkejut Tapi Rasa Beruntung Dapat Makan Dengan Agong, "Perkara Macam Ni Memang Jarang Berlaku"​
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024