Viral

“PDRM, Tangkap Orang Ni!” - Rakam Aksi Keluar Berdua Ketika Beli Tealive, Peserta Hero Remaja Ini Terima Kritikan Netizen

Azwa Rahman
16/04/2020
06:22 MYT
Sponsor Banner
“PDRM, Tangkap Orang Ni!” - Rakam Aksi Keluar Berdua Ketika Beli Tealive, Peserta Hero Remaja Ini Terima Kritikan Netizen
Salah seorang peserta Hero Remaja 2020, Imran Aqil menerima kecaman wargamaya apabila dilihat keluar berdua semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menerusi laman sosial Twitter, Imran memuat naik sebuah video dia berada di dalam kereta bersama bapa saudaranya yang sedang memandu untuk tatapan umum.
“Aku pelik betul dengan pakcik aku punya mencarut ni,” tulis Imran menerusi satu kicauan. Menerusi video berdurasi 14 saat itu, Imran bersama pakciknya keluar menaiki kereta untuk membeli air Tealive.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, ramai wargamaya yang tidak berpuas hati dengan tindakan Imran yang melanggar PKP di mana hanya ketua keluarga sahaja boleh keluar untuk membeli barangan keperluan.
“Bukan sepanjang RMO hanya ketua keluarga je ke boleh keluar untuk beli groceries? Kenapa ada yang keluar berdua semata-mata nak beli Tealive?” tegur seorang wargamaya.
“Ramainya laaaa orang jenis bodoh macam ni. Buat salah tayang satu dunia. Kucing pun sembunyi tahi,” kata seorang wargamaya.
“Mohon siasat dan buat tangkapan. Individu ini telah melanggar arahan. Hanya seorang individu dibenarkan untuk keluar dari rumah dan memandu untuk membeli barangan keperluan harian serta ubat-ubatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan,” komen seorang wargamaya.
“Hmm. Keluar dua orang? Nak beli Tealive ke? Janganlah degil. Tahu tak orang nak kerja macam biasa. Duit dah tak ada. Aku punya la tahan nak keluar semata-mata nak benda ni cepat hilang. Boleh balik kepada keadaan asal balik,” luah seorang wargamaya.
“Benda salah pun ramai yang gelak. Itulah untungnya bila famous,” ujar seorang wargamaya lagi.
Video Imran tersebut sehingga kini telah menerima hampir setengah juta tontonan.
Terdahulu, Imran terkandas di pusingan separuh akhir Hero Remaja 2020 apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024