Laman Utama
“Patutlah Mak Hangin Kalau Hilang” - Netizen Kagum Banjir Tak Efek, Barang Simpan Dalam Tuppeware Selamat
Tupperware bukan lagi satu jenama asing bagi kalangan wanita terutamanya golongan ibu.
Bekas yang sememangnya terkenal dengan tahap ketahanan dan kekedapan udara hebat ini juga merupakan antara topik disebut netizen berkaitan dengan banjir.
Apa tidaknya, baru-baru ini tular di media sosial barang-barang atau makanan yang disimpan dalam bekas Tupperware ini masih elok digunakan selain boleh dimakan.
Paling mengagumkan netizen, walaupun bekas tersebut telah disalut dengan lumpur banjir namun bahagian dalamnya masih bersih dan tidak dimasuki air.
Disebabkan perkara itu juga, netizen juga mencoretkan komen-komen lucu di media sosial di mana mereka kini faham mengapa ibu-ibu sering marah sekiranya bekas Tupperware hilang.
Kualiti diyakini. ??Patutlah mak kita hangin kalau hilang? pic.twitter.com/VH3rZZxHI8— Emon (@E_Blackbeard) December 27, 2021
yang ni memang serius. masa lepas banjir haritu mak buka Tupperware isi papadom yang belum goreng. ternyata tak masuk air langsung. aduh lupa nak tangkap gambar masa tu.— Digital (@Jihonata) December 28, 2021
Melihat kepada ketahanan Tupperware, rata-rata netizen juga mencadangkan supaya menyimpan dokumen-dokumen penting di dalam bekas tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.
Mang betul. Ada sorg mangsa banjir tu tulis dia simpan semua dokumen penting dlm tupperware dia, selamat dari banjir. https://t.co/yV4SVXj5US— Penny Pincher (@FrugalFliza) December 27, 2021
Must-Watch Video