Laman Utama

“Patah Dua Tangan, Peha, Pipi Koyak” - Staff Kena Langgar Lari, Sarah, Shuib Cari Myvi Hijau!

Mya Amri
20/06/2021
05:45 MYT
Sponsor Banner
“Patah Dua Tangan, Peha, Pipi Koyak” - Staff Kena Langgar Lari, Sarah, Shuib Cari Myvi Hijau!
Penyanyi, Siti Sarah dan suaminya pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan pekerjanya terlibat dalam kemalangan langgar lari di Johor Bahru.
Menurut Shuib, lokasi kejadian adalah berdepan dengan Econsave Jalan Pesta, Muar dan difahamkan kereta yang melanggar pekerjanya itu adalah jenis Myvi berwarna hijau.
“Salah seorang staff @bubblebeemalaysia_hq cawangan Muar iaitu Muhammad Afiq Hidayat Mohd Fauzi terlibat dalam satu kemalangan berdepan Econsave Jalan Pesta,Muar.
“Malangnya, kereta yang melanggar budak ni boleh lari! Tolong viralkan sebab sampai sekarang pemilik kereta yang langgar masih tak serah diri! Detail kereta: JKF 9590 MYVI HIJAU,” tulisnya.
Sementara itu, Sarah juga memberitahu pekerjanya mengalami kecederaan yang agak serius di mana kedua-dua tangannya patah dan bahagian pipinya juga terkoyak.
“Ya Allah dugaan untuk pekerja saya @bubblebeemalaysia_hq kena langgar lari. Ya Allah kenapa lah dah langgar nak kena lari? Tak boleh ke tolong BIADAB! Kalau jadi kat keluarga awak macam mana?
“Staff kita dekat Muar kemalangan langgar lari tapi orang ramai dapat nombor kereta yang langgar tu. Tangan dua-dua patah, peha patah! Pipi koyak hidung koyak!” maklumnya
Dalam pada itu, Sarah juga menegaskan akan mencarui peguam untuk menuntut pembelaan atas nasib yang menimpa pekerjanya.
Silap besar lari dik! Saya akan cari peguam! Mungkin budak ni bukan darah daging saya tapi dia keluarga @bubblebeemalaysia_hq kita mesti tuntut,” tegasnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024