Laman Utama

Park Seo Joon Disaran Pembedahan Plastik Kerana Tidak Cukup Kacak Jadi Selebriti

Maliah Surip
20/12/2023
12:46 MYT
Sponsor Banner
Park Seo Joon Disaran Pembedahan Plastik Kerana Tidak Cukup Kacak Jadi Selebriti
Aktor Park Seo Joon mendedahkan standard menjadi selebriti pada tahun 2000 cukup tinggi sehingga membuat dia sempat berasa kurang yakin terhadap fizikal dan penampilannya.

BERITA TRENDING: “Ni Bukan Tipu-Tipu Kan?” - Park Seo Joon Nak Datang Malaysia! Peminat Tak Sangka, Siap Ajak…

Muncul sebagai tetamu di program bual bicara You Quiz on the Block, Seo Joon juga mengaku dirinya kerap menerima kritikan kerana disifatkan tidak memenuhi standard kecantikan di Korea Selatan.
“Sewaktu awal kemunculan dulu saya sempat menjalani fasa sukar diterima peminat kerana dikritik kelihatan terlalu biasa.
“Saya disifatkan tidak punya ciri khas dari segi fizikal untuk menjadi selebriti sehingga ada yang bertanya tentang keberadaan saya,” dedah Seo Joon seperti dilaporkan Koreoboo.
Malah pada satu tahap kata bintang The Marvels ini, ada yang memberi idea agar dia melakukan pembedahan plastik.
“Sejujurnya saya juga ada perasaan tidak percaya diri terutama mengenai bentuk mata saya.
“Sehingga saya pernah menerima saran agar melakukan pembedahan plastik dan itu membuat percaya diri saya sedikit terhakis.
“Saya juga sempat berfikir ‘apa yang salah dengan diri saya’ dan ‘adakah ini bukan jalan (pekerjaan) yang sesuai untuk saya?’”katanya lagi.
Namun sebaik masa beredar lelaki berusia 35 tahun diterima dengan baik oleh khalayak sekaligus menjadikan dirinya sebagai salah seorang aktor yang laris dalam pasaran.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024