Laman Utama

Paris Hilton Dapat Anak Pada Usia 41 Tahun, Guna Kaedah Ibu Tumpang

Maliah Surip
25/01/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Paris Hilton Dapat Anak Pada Usia 41 Tahun, Guna Kaedah Ibu Tumpang
Selebriti Paris Hilton memulakan tahun 2023 dengan gelaran baharu - menjadi ibu!
Itulah berita gembira yang dikongsikan Paris kepada majalah People mengenai perkembangan terkininya.
Paris mengaku selamat menimang cahayamata lelaki hasil kaedah ibu tumpang lewat perkahwinan bersama suaminya, Carter Reum.
“Adalah impian saya selama ini untuk menjadi seorang ibu. Saya dan Reum amat bahagia kerana telah berkahwin dan kini memulakan fasa hidup baru sebagai sebuah keluarga.
“Kami terlalu gembira menyambut kedatang bayi lelaki kami,” ujar Paris seperti dilaporkan media sama.
Kehadiran bayi lelaki yang diperoleh melalui kaedah ibu tumpang itu membuatkan impian Paris menjadi seorang ibu nyata pada usia 41 tahun.
Dia dan pasangannya sebelum ini tidak berselindung memberitahu berusaha mendapatkan anak selepas berkahwin tahun lalu.
Malah Paris dan Reum turut menjalani kaedah IVF sewaktu pandemik COVID 19 untuk memastikan mendapat telur yang baik dan sihat apabila diperlukan kelak.
“Kami mula melakukan IVF untuk tujuan mendapatkan bayi pada masa akan datang. Jadi sewaktu pandemik, oleh kerana saya tidak boleh berpergian, kami fikir itu masa terbaik untuk menjalani proses tersebut.
“Kami simpan stok dan mempunyai banyak telur yang baik, hanya menunggu waktu yang sesuai untuk digunakan,” katanya lagi.
Sementara itu, dalam temubual sebelum ini Paris mengatakan mahu memiliki tiga anak selain teringin mempunyai anak kembar.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024