Hiburan

“Papa Kata Dia Dah Doa…”- Dr Norzizi Zulkifli Terima Anugerah Selepas Pemergian Bapa

Syafiqah Jalal
11/09/2020
08:19 MYT
Sponsor Banner
“Papa Kata Dia Dah Doa…”- Dr Norzizi Zulkifli Terima Anugerah Selepas Pemergian Bapa
Pelakon dan pensyarah Dr Norzizi Zulkifli menerima Anugerah Seni Dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan) dari Anugerah Akademik Universiti 2019 (UiTM) semalam.
Norzizi berkata pelbagai rintangan yang dilalui untuk menghantar projeknya itu kerana dalam masa yang sama menjaga arwah bapanya, Datuk Zulkifli Zain yang jatuh sakit sejak Mac lalu.
Menurut Norzizi dia hampir berputus asa tapi semangatnya kembali selepas selesai menguruskan bapanya di hospital.
“Pada Mac lalu, perancangan nak mohon memang ada, tapi terbatal niat sebab Armada masuk hospital.
“Dalam meeting, Dekan kata hantarlah permohonan. Saya cuba saya kata. Saya ke kedai fotostat buat salinan surat-surat ni dan ingat petang tu nak pulun sampai malam di ofis siapkan. Sekali bila dapat tahu Papa kat emergency and was not responding saya geletar lutut, tinggalkan semua salinan ni and niat nk beli file ke apa ke terbantut! Terus memecut ke Hospital.
“Ada dua soalan sy tanya diri saya “Nak teruskan berjuang or batalkan sahaja? If nk teruskan akan kerja menggila sebab esok deadlinenya. If tak teruskan Ko dah photostate sebahagian besar.
“Fikir punya pikir, aku akan teruskan !Mungkin tak dapat semua dokumen masuk, tapi aku cuba apa yang mampu. Saya masuk ke ofis dan menghadap boring-borang yang tak lengkap saya isi, missing Salinan-salinan tu and ni and saya buat dr jam 11 pagi sampai 7:30 malam!
“Tiba di hospital malam itu, baru sampai dan belum melepaskan penat seharian atau semalam, Papa nampak muka saya saje saya dah kena picit Papa sana sini.
“Esok paginya saya berjaya siapkan dan hantar tepat pada masanya ke Canselori UiTM! Pada saya, saya dah menang dah walaupun mungkin saya akan kalah! Memang semacam satu perjuangan yang gila and kerja gila jugak nak buat dalam masa yang impossible! Malam tu saya bgtau Papa, saya hantar submission ni dengan penuh kepuasan dan kelegaan dan ‘kepancitan’! katanya.
Norzizi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Meskipun bapanya sudah tiada dan pergi menemui Ilahi sejak 5 hari lalu, namun Norzizi yakin kejayaan itu hasil dari doa bapanya.
“Papa kata dia dah doa…” katanya.
Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar meninggal dunia pada 6 September lalu.
Saya kongsikan dgn anda my post pd 16 Mac 2020,#Sy sdg panic menyiapkan file untuk Permohonan ini. Plan nk mohon mmg ada, tapi terbatal niat Sebab Armada masuk hosp. Lepas office hours barulah boleh membelek kerja2 macam ini, sebab siang dah mmg packed. Tapi malam2 nk kena ke hosp tgk Armada. So sy batalkan niat. Dlm meeting, Dekan kata hantarlah permohonan. Sy cuba sy kta. And Sabtu masa Ekspo Selangkah tu, sy ke kedai photostate buat salinan surat2 ni dan ingat petang tu nk pulun sampai malam d opis siapkan. Sekali bila dpt tahu Papa kat emergency ? was not responding sy geletar lutut, tinggalkan semua salinan ni and niat nk beli file ke apa ke terbantut! Terus memecut ke Hospital. Sabtu malam d Hospital dan Ahad di Hospital. 6:00am btolak balik umah, hantar anak sekolah and ke UiTM uruskan GL Papa dan amik surat2 yg saya tinggalkan macam tu je d kedai photostate. Ada dua soalan sy tanya diri saya “Nak teruskan berjuang or batalkan sahaja? If nk teruskan akan kerja menggila Sebab esok deadlinenya. If tak teruskan Ko dah photostate sebahagian besar” Pikir punya pikir, aku akan teruskan!!Mungkin tak dpt sedetails semua dokumen masuk, but Aku cuba apa yg mampu. Sy masuk ke opis n Mengadap borang2 yg tak lengkap sy isi, missing salinan2 tu and ni and saya buat dr jam 11 pagi sampai 7:30 malam! ? Lepas maghrib balik rumah n ada yg yg nk kena photostate lg and sy dah tak de tenaga Sebab dr smlm tak tido sgt Sebab jaga papa d Hospital dan malam ni akan ke Hospital semula. Allah mmg hantar seorang angel ? @fairulzahidbloom dtg membantu pergi photostate ?. 8:30 malam sy sampai umah, mandi, makan, solat isyak dan terus ke Hospital and by the time sampai dah jam 10 malam! Baru sampai dan belum melepaskan penat seharian or semalam I shd say, Papa nampak muka sy je Saya dah kena picit Papa sana sini ??. Esok paginya sy berjaya siapkan dan submitted on time Ke Canselori UiTM! Pada saya, saya dah menang dah walaupun mungkin saya akan kalah!!!!!!!! ????? Memang semacam satu perjuangan yg gila and kerja gila jugak nk buat dlm masa yg impossible!!! Malam tu saya bgtau Papa, saya htr submission nih dengan penuh kepuasan dan kelegaan dannnn kepancitan!!! ???
A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on
A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024