Hiburan

Pakai Baju Sama Bertuliskan 'Lover', Peminat Harap Gong Yoo & Kim Go Eun Bercinta

Amri Hassan
28/06/2018
09:49 MYT
Sponsor Banner
Pakai Baju Sama Bertuliskan 'Lover', Peminat Harap Gong Yoo & Kim Go Eun Bercinta
Drama bersiri Goblin sudah lebih setahun tamat tayangannya tetapi drama Korea ini masih belum dilupakan oleh peminat mereka.
Keserasian pelakon utama, Gong Yoo dan Kim Go Eun masih menjadi bualan ramai.
Baru-baru ini, pasangan hero dan heroin Goblin ini telah mengenakan pakaian yang sama.
Sama ada disengajakan atau hanyalah satu kebetulan sahaja, ia tak dapat dipastikan.
Kim Go Eun telah mengenakan hoodie koleksi Bianca Chandon, berwarna biru yang tertulis perkataan Lover.
Sementara itu, Gong Yoo ketika di Taiwan juga mengenakan baju t-shirt yang berwarna biru dan tertulis perkataan Lover di atas poketnya.
Apabila ramai peminat menyedari kedua-dua bintang ini mengenakan pakaian yang sama dan tertulis Lover, rata-ratanya mengharapkan Gong Yoo dan Kim Go Eun benar-benar bersama di dunia realiti.
Pelakon Gong Yoo pernah dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Jung Yoo Mi, tetapi dinafikan oleh jejaka berusia 38 tahun ini.
Teks: Noor Zulaikha Yusof Sumber: Kapanlagi.com
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024