Laman Utama

"Orangnya Sangat Humble...Tak Pernah Sombong & Bongkak!" - Ifa Raziah Rindu Penyanyi Dangdut Dewi Perssik

Asraf Aided
03/08/2021
13:10 MYT
Sponsor Banner
"Orangnya Sangat Humble...Tak Pernah Sombong & Bongkak!" - Ifa Raziah Rindu Penyanyi Dangdut Dewi Perssik
Selebriti versatil, Ifa Raziah meluahkan rasa rindu terhadap rakan artis dari Indonesia, Dewi Perssik.
Menurut Ifa, Dewi adalah seorang wanita yang baik dan tidak lokek memberi layanan ketika dia dan keluarga berkunjung ke Jakarta suatu ketika dahulu.
"Siapa kenal wanita ini? orangnya sangat cantik, sangat humble, yang pintar cari wang, yang terkenal dan dipuja-puja, yang tidak pernah sombong dan bongkak.
"Sahabat Miss Diva (Ifa membahasakan dirinya) yang berada di Jakarta, Diva Dangdut Indonesia @dewiperssikreal.new.
"Masya-Allah rindunya pada Dewi, salah seorang artis Indonesia yang sangat baik budi bahasanya yang sudi melayan Miss Diva dan keluarga dan membawa kami sekeluarga pergi bercuti sewaktu Miss Diva bekerja di Jakarta dulu," kongsi Ifa di Instagram.
Dalam pada itu, Ifa yang terkenal dengan lagu Panas turut mendoakan kebaikan buat rakannya di negara seberang itu.
"Semoga Dewi sekeluarga sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan dilindungi dari jangkitan COVID-19, Amin..." tulisnya lagi.
Sekadar info, Ifa dan Dewi sering digandingkan bersama membuat persembahan di program dangdut terkenal, D'Academy Asia 2 (DAA2).
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada warganet yang rata-ratanya meminati Dewi dan memuji kecantikannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024