Laman Utama

“Orang Yang Tengok Kami Bernafsu…”- Nora Danish Jawab Kecaman Berpelukan Dengan Beego & Aziz M Osman

Syafiqah Jalal
22/04/2022
08:45 MYT
Sponsor Banner
“Orang Yang Tengok Kami Bernafsu…”- Nora Danish Jawab Kecaman Berpelukan Dengan Beego & Aziz M Osman
“Bila peluk mereka yang ada cuma kasih sayang sahaja…”jawab pelakon Nora Danish kepada Gempak terhadap kecaman netizen tentang aksinya memeluk pengarah Aziz M Osman dan Beego dalam satu rakaman video ketika berjumpa untuk penggambaran drama siri Puteri Reunion.
Video itu sebelum ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata meminta pelakon itu menjaga batas sebagai seorang Islam dan wanita yang sudah berkahwin.
Nora, 40, memberitahu aksi itu dilakukan spontan dan telah mengganggap hubungan mereka seperti keluarga dan tidak lebih dari itu.
“Abang Aziz dah macam bapa saya dan Beego juga dah macam abang saya. Apa yang dilihat hanya hubungan kasih saya seperti keluarga.
“Sebenarnya terpulang kepada tanggapan masing-masing jika orang yang tengok kami bernafsu manknanya itu lah yang difikirkan.
“Saya cuma nak kongsi dengan orang yang memahami kasih sayang atau keakraban kami sahaja,” katanya.
Isteri kepada Tengku Nedim itu menjawab isu berkenaan ketika siding media virtual Puteri Reuninon, semalam.
Sering mendapat kecaman di media sosial, Nora memberitahu dia tidak mengambil pusing segala komen dari orang yang tidak dikenali terutama netizen.
“Saya tak layan kecaman semua ni terutama melalui apa sahaja yang saya kongsi di media sosial.
“Saya hanya mengambil kira nasihat daripada ibu dan suami saya sahaja. Kalau yang komen itu saya tak kenal saya tak hiraukannya,” ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024