Hiburan

OKU Bukan Halangan Untuk Genggam Diploma

Zulaikha Yusof
15/07/2020
06:10 MYT
Sponsor Banner
OKU Bukan Halangan Untuk Genggam Diploma
Seorang anak muda yang bernama Amin membuktikan kekurangan dirinya tidak menghalang untuk mencapai cita-cita.
Amin yang mempunyai masalah pendengaran serta kudung nekad memilih jurusan Seni bina walaupun ramai yang tidak percaya dia mampu melakukannya.
"Dulu keluarga dan kawan-kawan semua tak percaya saya pilih jurusan Seni bina. Ye la, kan saya OKU, boleh bertahan ke nak bawa jurusan ni.
"Saya bermula dari bawah ambil sijil pelukis pelan di Kolej Komuniti. Lepas tu, sambung diploma Seni bina di poli. Alhamdulillah lulus tepat pada waktunya," tulisnya.
Amin berkongsi kisahnya menerusi sebuah entri di laman Twitter miliknya pada Isnin lalu.
Tambah Amin, dia pernah berpesan kepada seorang rakan kelas untuk meneruskan walaupun sukar hingga tamat pengajian.
"Ni masa final portfolio semester 5. Dulu ada seorang rakan kelas yang memang dah rasa give up nak berhenti ambil jurusan Seni bina.
"Saya pesan dekat dia, kalau aku boleh, kenapa kau tak boleh? Aku OKU pendengaran, kudung lagi. Alhamdulillah, dia habiskan juga belajar," tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian Amin.
"@pakrak64: Tahniah Amin, bangga dengan kau.
"@cekodokpiseng: Percaya diri yang awak boleh buat! Anda yang terbaik!!! Apapun tahniah. Jangan give up tau!
"@mhdzlfnslm: Boskur dah lakukan dengan baik. Semoga berjaya untuk masa depan," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024