Laman Utama

#OhAbeNik: Bersediakah Malaysia Sebenarnya Untuk Hantar Wakil Negara Ke Miss Universe?

Amri Hassan
22/05/2021
07:40 MYT
Sponsor Banner
#OhAbeNik: Bersediakah Malaysia Sebenarnya Untuk Hantar Wakil Negara Ke Miss Universe?
Pencinta bola sepak ada World Cup, pencinta lumba kereta ada Grand Prix, malah pencinta Matematik pun ada Olympiad.
Setiap minat pasti ada platform, ada kemuncaknya. Sama seperti ratu cantik, ada Miss Universe!
Memasuki edisi ke-70 tahun ini, Miss Universe antara pertandingan yang mengiktiraf wanita di persada dunia dan menjadi antara yang paling lama pernah dianjurkan organisasi tersebut.
Nama-nama gah misalnya Sushmita Sen, Lara Dutta, Ali Landry dan Jennifer Hawkins antara individu yanh pernah berada di pentas yang sama sebelum ini. Jadi, ia bukan satu pentas yang samata-mata melihat kecantikan tetapi kebijaksanaan wanita di persada global.
Malaysia sendiri antara wakil yang semakin rancak menghantar penyertaan saban tahun. Abe Nik percaya, setiap wakil yang dipilih pun tidak kurang hebatnya dan sudah melalui penilaian yang saksama.
Lihat saja Datin Josephine Lena Wong dan Datuk Yasmin Yusuff, itu sudah membuktikan keunggulan pertandingan ratu cantik itu sendiri.
Terbaharu pula Francisca Luhong James dikira wakil Malaysia yang berjaya meletakkan prestij yang lebih membanggakan selepas Shweta Sekhon dan Jane Teoh. Malaysia kian diperhatikan dan bukan sekadar mengisi penyertaan.
BACA: Wakil Negara Asia Curi Tumpuan Pusingan Preliminary Miss Universe! Malaysia Pun Tak Kurang Hebatnya...
Miss Universe 2021 bakal dianjurkan tidak lama lagi dalam senggang masa singkat, tetapi adakah Malaysia sebetulnya sudah bersedia?
Sejauh mana berani dan yakinnya organisasi kebangsaan Miss Universe Malaysia (MUMO) untuk memilih dan menghantar wakil tahun ini? Takkan nak jadi tukang sorak semata-mata?
Ini 5 perkara yang menjadi saranan pageant lovers untuk mencari wakil Miss Universe Malaysia kelak.
1. Pertandingan
- Pilih wakil dari setiap negeri, ramai yang percaya contohnya Miss Kelantan yang berketurunan campuran Siam nanti pun tak kurang hebat dan cantiknya. Sediakan imbuhan, pasti ramai yang akan tampil ke depan.
- Malaysia kaya dengan golongan kreatif, semarakkan pencarian pereka fesyen untuk evening gown dan national costume dengan menganjurkan pertandingan. Ramailah orang berbakat lagi!
2. Proper stage
- Hal ini mendorong ke arah perlaksanaan acara yang lebih sistematik dan prestij dari peringkat akar umbi.
- Orang luar misalnya akan sedar yang persiapan Malaysia bukan ala kadar saja.
- Tak mustahil pada masa sama ia akan membuka mata lebih ramai penaja untuk tampil menyalurkan sumbangan dan sokongan.
3. Promosi
- Billboard, signboard, banner Miss Thailand lalu, Amanda Obdam menjadi buah mulut dunia. Ibaratnya satu negara meraikan dan merestuinya untuk bertanding.
- Apa pula usaha kita untuk Miss Universe kita? Entahkan orang sedar, entahkan tidak?
- Hebahlah, gerak-gempurkan wakil Malaysia kita sehingga saatnya bertanding. Meriahkan media sosial jika kekangan kewangan menjadi isu pokok untuk tujuan promosi kerana dunia sekarang dunia hujung jari. Semua punyai akses kepada Internet dan jaringan sosial.
4. Training
- Mengambil jurulatih luar negara memerlukan kos yang tinggi. Ya, ramai yang tahu akan hal itu tapi bukankah ia pelaburan yang berbaloi?
- Jika formula sama saban tahun tak membuahkan hasil, tak salah mencuba inisiatif lain tahun ini.
5. Organisasi
- Apabila bekas Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry bersuara mengenai pembabitan wanita muslim ke pertandingan ratu cantik, ramai yang terpanggil bersuara. Ada positif ada negatif.
BACA: "Kenapa Wanita Muslim Malaysia Tak Boleh Join Miss Universe?" - Deborah Henry
- Tapi, ada juga yang mencadangkan organisasi MUMO itu sendiri perlu dirombak dan dinilai semula. Bukan bermakna ia gagal, tetapi adakalanya perlukan 'angin baru'.
Semoga impian Malaysia untuk melepasi tangga TOP21 terlaksana. Jangan sia-siakan mimpi dan harapan rakyat kita.
Abe Nik yakin ramai yang berhabis duit mengundi wakil Miss Universe Malaysia kita baru-baru ini.
Adakah kita bakal menjadi jurutepuk lagi tahun ini, tepuk dada tanya diri sendiri!
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024