Berita

Norzizi Zulkifli Kongsi Video 'Mahal' Terakhir Dengan Arwah Bapa - "Terkejut Dengan Apa Yang Papa Cakap Tu..."

ZULHILMI JALIL
08/09/2020
05:41 MYT
Sponsor Banner
Norzizi Zulkifli Kongsi Video 'Mahal' Terakhir Dengan Arwah Bapa - "Terkejut Dengan Apa Yang Papa Cakap Tu..."
Pelakon dan pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli berkongsi rakaman video terakhirnya yang sempat diambil bersama arwah bapanya, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain.
Menurut Norzizi, dia mengakui sebak dengan apa yang diperkatakan oleh arwah bapanya itu ketika merakam momen tersebut secara spontan pada 19 Ogos yang lalu.
Dalam video tersebut, bapanya menyampaikan ucapan terima kasih kepadanya yang menjaganya selama ini.
"Terima kasih banyak-banyak, jaga papa dengan baik," kata bapanya dalam satu entri yang dimuat naik Norzizi di Instagram.
Kata Norzizi, dia sendiri terkejut dengan apa yang cuba diucapkan oleh arwah bapanya itu ketika 'mengusik' bapanya untuk memberikan ucapan.
"Masa rakam tu, terkejut sebenarnya dengan apa yang papa cakap tu sebab tak sangka begitu serius apa nak cakap untuk video ini sebab rakam untuk main-main sembang dengan Papa.
"Masa papa sebut tu pun, saya hembus ayat tu supaya tak melekat di hati dan terus pergi ke mata sebab saya malas nak nangis masa tu! Sekarang, kalau tengok dan teringat video ni menjadi video yang sangat mahal!," katanya.
Sekarang, ini jadi video terakhir saya. 19 Ogos 2020! Masa rakam tu, terkejut sebenarnya dengan apa yg Papa cakap tu sebab tak expect begitu serius apa nk cakap utk video ini sebab rakam utk main2 sembang ngan Papa. Masa Papa sebut tu pun, saya hembus ayat tu supaya tak melekat di hati dan terus pergi ke mata! Sebab sy malas nk nangis masa tu! Now, kalau tgk n tingat video ni hmmmmmmmmm menjadi video yg sgt mahal!!!! ? Tadi lepas tahlil sembang dengan @zazazulkafli tanya apa pesanan2 terakhir Papa (sebab sejak semalam wartawan dok tanya dan kami tak sempat pikiaq and ni tanya Zaza) dan Zaza kata Papa selalu sebut ini dan Saya pun mengiyakan. Mmg Papa selalu sebut ini pada kami krn menjaganya “Syurgalah tempat hangpa!” Dan saya dan Zaza berpelukanlah menangis teringat kata2 Papa ini! ???
A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on
Bahkan, menurut Norzizi, arwah bapanya juga sering memberitahunya akan ganjaran yang menanti mereka diakhirat kelak.
"Memang papa selalu sebut ini pada kami kerana menjaganya: "Syurgalah tempat hangpa".
"Saya dan Zaza (adik) berpelukan menangis teringat kata-kata papa ini," katanya.
Terdahulu, bapa Norzizi, Datuk Zulkifli Zain yang juga pelakon veteran meninggal dunia pada 5 September 2020.
BACA: Pelakon Veteran Datuk Zulkifli Zain Meninggal Dunia Ketika Azan Maghrib
Ketika hayatnya, Zulkifli dilaporkan menghidap angin ahmar selain beberapa komplikasi lain termasuklah sakit jantung dan masalah buah pinggang.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024