Hiburan

Nora Danish Sedih Dikecam Berfesyen Ala Rahib & Promosi Illuminati

Ahmad Shah
14/11/2015
01:26 MYT
Sponsor Banner
Nora Danish Sedih Dikecam Berfesyen Ala Rahib & Promosi Illuminati
Pelakon Nora Danish sedih dan terkilan apabila dikecam para pengikut akaun Instagramnya yang mendakwa dia tampil dengan fesyen ala rahib dan mempromosikan fahaman Illuminati pada majlis pelancaran tudung jenamanya Owl by Nora Danish minggu lalu.
Bagaimanapun Nora mengakui telah melakukan kesilapan kerana kurang peka sehingga timbul salah faham dan memohon maaf di atas perkara tersebut.
“Saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlihat seperti itu (rahib).
"Saya sedih dan terkilan juga kerana tudung itu baru sahaja dilancarkan, tetapi menerima kecaman daripada orang ramai," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, perkara tersebut hanya disedari selepas dia menerima kritikan daripada pengikut di Instagram yang menyifatkan pemakaiannya seperti itu tidak sesuai digayakan.
"Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.
Kata Nora, dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat pada masa hadapan.
"Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung," ujarnya.
Tambah Nora, dia juga terkilan pengikut Instagramnya menghentam tindakannya memegang burung hantu kononnya mahu mempromosi fahaman Illuminati.
"Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lambang fahaman 'itu'. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh.
Katanya, burung hantu yang dibawa ketika di pentas peragaan itu hanya sebagai simbolik nama jenama itu iaitu Owl by Nora Danish.
Olahan Semula: Hafiza Kamarudin
Sumber: mStar Online
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024