Berita

Nora Danish Mahu Ambil Bayi Yang Dicampak Dari Tingkat 2

Syafiqah Jalal
28/06/2018
06:25 MYT
Sponsor Banner
Nora Danish Mahu Ambil Bayi Yang Dicampak Dari Tingkat 2
Pelakon Nora Danish berhasrat untuk mengambil bayi lelaki yang tular selepas dipercayai dicampak dari tingkat 2 pada Isnin lalu.
Hasratnya itu diluahkan menerusi IG Story miliknya semalam.
“I want that baby please,” tulisnya
Entri IG Story terdahulu, Nora meluahkan rasa simpati kepada nasib bayi tersebut selepas ada pihak yang menyebarkan berita palsu bahawa anak kecil itu sudah meninggal dunia.
Sedangkan, bayi tersebut masih hidup dan keadaan terkini dia dilaporkan sedang kritikal.
Dalam kejadian Isnin lalu pada jam 5 petang, bayi lelaki yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu ditemukan oleh seorang pemilik restoran berhampiran lokasi bayi itu dibuang.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang wanita warga asing pada 11.30 malam pada hari yang sama di perkarangan Hospital Kajang untuk siasatan.
Wanita itu kini direman tujuh hari sehingga Ahad depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan.Foto: IG Nora Danish Teks oleh: Syafiqah Jalal
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024