Hiburan

Nora Berkerusi Roda Sebab Sakit Pinggul, Bukan Mengada-Ngada!

Amri Hassan
03/01/2018
23:47 MYT
Sponsor Banner
Nora Berkerusi Roda Sebab Sakit Pinggul, Bukan Mengada-Ngada!
Pelakon Nora Danish mengakui kehamilan kali keduanya pada usia 36 tahun berbeza berbanding pengalamannya sembilan tahun lalu.
Dek kerana saiz kandungan dan faktor usia, Nora mengakui dia mengalami masalah sakit tulang pinggul hingga memaksanya berkerusi roda selama beberapa minggu.
"Kali ini pengalaman hamil sangat berbeza. Dulu mungkin sebab usia lebih muda, jadi lebih mudah.
"Apabila usia sudah 30-an tentunya ada perbezaan.
"Lagipun, bayi saya agak besar dan akibatnya saya memang langsung tidak boleh berjalan sampai terpaksa berkerusi roda selama tiga minggu," katanya.
Jelas Nora, dia enggan mengambil pusing komen negatif yang dilemparkan netizen gara-gara berkerusi roda ketika hamil.
“Saya sentiasa berfikiran positif. Jadi, saya tidak membaca komen negatif yang mereka tulis di media sosial.
"Saya tak mahu jiwa jadi kacau kerana kritikan itu,” tambahnya yang dijangka bersalin pada awal Mac depan.
Nora dan Nedim Nazri Aziz telah berkahwin pada 30 Mac 2017 selepas tiga tahun bercinta.
Ini merupakan perkahwinan kedua pasangan ini dan masing-masing memiliki seorang anak hasil perkahwian pertama.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @noradanish, @kakifoto_
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024