Laman Utama

Noh Salleh & Mizz Nina Dikhabarkan Sudah Bercerai Talak Satu?

Gempak
04/08/2022
11:31 MYT
Sponsor Banner
Noh Salleh & Mizz Nina Dikhabarkan Sudah Bercerai Talak Satu?
Pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Kuala Lumpur, semalam.
Memetik sumber Harian Metro, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah yang sama.
Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.
Dalam pada itu, cubaan Astro Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Mizz Nina sejak semalam tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter membuat ciapan berkenaan perkara itu yang kemudiannya memetik nama penyanyi kumpulan Hujan itu selepas ditanya pengguna lain.
"Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak 'cover' pula.
Pada 13 Julai lalu, Gempak ada melaporkan mengenai Noh yang menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial.
"Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu…good luck (selamat berjaya)," katanya ketika ditemui media.
Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Sehingga kini pasangan ini masih berdiam diri dan tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan rumahtangganya mereka.
Namun menerusi ruangan komen di Instagram Mizz Nina dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat mereka.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024