Hiburan
“No More Surat Terbuka On Celebrities.” - Da’i Wan Serik Sikap Netizen
Pendakwah bebas, Da’i Wan tidak lagi mahu mengeluarkan sebarang surat terbuka kepada mana-mana selebriti mahupun pihak menteri.
Menulis kenyataan itu di ruangan Twitternya, Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din diminta mengulas tentang isu Fathia Latiff membuka tudung.
Menurutnya, “Kepada semua yang tag saya dengan news Fathia Latiff. Maaf. There is no more ‘Surat terbuka’ on Celebrities / Ministers dari saya dah.”
Da’i Wan ternyata serik dengan sikap netizen yang memilih untuk menularkan surat terbuka tertentu yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.Kpd semua yg Tag sy dgn News Fathia Latiff.Maaf.There is no more ‘Surat terbuka’ on Celebrities / Ministers dari sy dah.Saya dah serik dgn sikap Netizen yg memilih utk Viralkan surat terbuka tertentu.Saya akn fokus utk jwb soalan2 keagamaan & motivasi kehidupan shj.?— Da’i Wan (Official) (@wandazrin) April 25, 2019
“Saya akan fokus untuk jawab soalan-soalan keagamaan & motivasi kehidupan sahaja”, jelasnya lagi.
Rata-rata netizen terkilan dengan tweet Da’i Wan.
Pada pandangan netizen; sudah namanya pun surat terbuka, mengapa mahu salahkan netizen pula apabila ia tular?
Da’i Wan sebelum ini dikecam apabila bertindak mendiamkan diri dan enggan memberikan sebarang teguran kepada PU Abu yang dilaporkan menceraikan isterinya ketika hamil.
Antara beberapa selebriti yang pernah ditegur Da’i Wan adalah Uqasha Senrose, Emma Maembong serta Dua Lipa.
Must-Watch Video