Gaya Hidup

Nisa Tunjuk Tiga Stail Tutorial Hijab Jika Mahu Jadi Penyanyi

Ahmad Shah
18/11/2015
03:38 MYT
Sponsor Banner
Nisa Tunjuk Tiga Stail Tutorial Hijab Jika Mahu Jadi Penyanyi
Peserta program Kecapi Impianku Bersama Sunsilk, Nisha Salehuddin berkongsi tiga gaya hijab mudah untuk tampil menawan.
Malah Nisha yang juga merupakan mentee kepada penyanyi Najwa Latif ini juga turut memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk mengayakan ‘shawl’ berbentuk empat segi yang agak kurang digemari oleh wanitaberhijab kerana sukar untuk digayakan.
Bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi seperti Najwa Latif, hijab ‘style’ yang ditunjukkan oleh Nisha juga merupakan inspirasi yang diambil daripada penyanyi berhijab.
Video pertama yang ditunjukkan oleh Nisha ialah gaya hijab yang bersesuaian ketika menghadiri temuramah di majlis-majlis tertentu dengan menggunakan ‘shawl’ berbentuk empat segi.
Manakala video kedua pula, Nisha memilih untuk menggayakan ‘shawl’ satin tanpa corak untuk menghadiri sesi temuramah bersaam program televisyen.
Nisha juga memilih rantai leher sebagai aksesori untuk digayakan bersama ‘shawl’ tersebut supaya tidak nampak terlalu ‘kosong.’.
Untuk tutorial ketiga pula, Nisha sekali lagi memilih ‘shawl’ berbentuk empat untuk digayakan ketika membuat persembahan di pentas.
Hijab ‘style’ turban yang ditunjukkan oleh Nisha ini lebih santai dan mudah untuk digayakan.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.astrogempak.com.my/ImpiankuBersamaSunsilk
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024