Hiburan

Nia Atasha Putus Cinta Dengan Qi Razali

Asraf Aided
08/07/2020
10:05 MYT
Sponsor Banner
Nia Atasha Putus Cinta Dengan Qi Razali
Model, pelakon dan bekas pengacara HLive, Nia Atasha Rosli mendedakan hubungan cintanya bersama pelakon Qi Razali telah berakhir pada sekitar awal tahun ini.
Ketika dihubungi Gempak, Nia walaubagaimanapun menjelaskan dia dan aktor tersebut masih berkawan baik sehingga kini.
"Saya dan Qi tidak lagi bercinta sejak awal tahun ini, tetapi, apa yang boleh saya katakan, kami berdua okay sahaja dengan keputusan yang dibuat.
"Lagipun, saya dan Qi masih mengekalkan persahabatan kami sebagai rakan baik sehingga kini," katanya.
Tambah Nia, dia juga tidak mahu menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum terutamanya di media sosial.
"Saya cuba untuk sentiasa bersikap tenang, saya juga tak kisah jika ada yang bertanya kepada saya secara terbuka di media sosial kerana saya tak mahu sorokkan perkara ini," jelasnya lagi.
Pada April tahun lalu, Qi pernah menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama Nia.
BACA : "Saya Ada Rancang Untuk Berkahwin, Tapi..." - Qi Razali
Namun ketika itu, dia mahu Nia mengejar impian dan menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan terlebih dahulu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024