Hiburan

“Ney Ney Masih Kecil, Mahu Beri Tumpuan Pada Keluarga” – Nora Danish

Mya Amri
29/11/2018
04:32 MYT
Sponsor Banner
“Ney Ney Masih Kecil, Mahu Beri Tumpuan Pada Keluarga” – Nora Danish
Pelakon Nora Danish akui dia perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan anak-anak.
Menurut Nora, dia mengurangkan kerjaya lakonannya kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga.
“Masih berlakon cuma buat masa ini agak jarang kerana saya lebih banyak menguruskan keluarga dan juga perniagaan. “Lagipun Ney Ney masih kecil dan perlukan perhatian. Jadi agak sukar untuk saya tinggalkan dia,” ujarnya.
Nora ditemui ketika majlis Shopee Seller Award 2018 yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Selasa.
Mengulas mengenai kehidupannya, Nora memberitahu dia kini berada dalam fasa bahagia. “Alhamdulillah, saya berasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.
“Tak dinafikan memang ada perubahan tetapi perubahan itu ke arah yang lebih baik dan saya rasa syukur sangat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nora kini sibuk menguruskan perniagaannya dan bakal muncul dengan produk terbaru menerusi jenama miliknya, Oh Most Wanted tidak lama lagi. Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017.
Pasangan ini dikurniakan putera sulung, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari lalu.
Foto: Instagram @noradanish
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024