Laman Utama

New Zealand Haramkan Rokok, Umur 40 Tahun Paling Muda Boleh Beli Pada 2050

Maliah Surip
14/12/2022
13:50 MYT
Sponsor Banner
New Zealand Haramkan Rokok, Umur 40 Tahun Paling Muda Boleh Beli Pada 2050
New Zealand akan mengharam pembelian dan aktiviti menghisap rokok, tahun depan.
Pengharaman tersebut telah diluluskan di parlimen awal minggu ini sekaligus menyaksikan individu yang lahir selepas tahun 2008 tidak dibenarkan merokok bermula tahun depan.
Itu juga akan menjadikan jumlah individu yang merokok akan berkurangan, malah dijangkakan umur 40 tahun akan menjadi usia paling muda boleh membeli rokok menjelang tahun 2050, lapor BBC.
Menteri Kesihatan, Ayesha Verrall yang mencadangkan usul itu mahu menjadikan New Zealand sebagai negara bebas rokok.
“Ribuan orang akan hidup lebih lama dan sihat dengan sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan.
“Langkah ini malah mampu mengurangkan kos rawatan penyakit yang disebabkan oleh tabiat merokok,” katanya.
Mengikut rekod, tabiat merokok di New Zealand adalah antara yang paling rendah di dengan hanya sekitar 8 peratus golongan dewasa merokok dalam sehari.
Kini mereka mensasarkan dapat menurunkan lagi jumlah individu yang merokok kepada 5 peratus menjelang 2025.
Bagaimanapun undang undang baru itu tidak mengharamkan penggunaan vape yang menjadi semakin popular dalam kalangan generasi masa kini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024