Hiburan

Netizen Terkejut Lihat Penampilan Go Kyung Pyo, Berat Badan Lebih 90 Kilogram

Maliah Surip
23/03/2024
06:45 MYT
Sponsor Banner
Netizen Terkejut Lihat Penampilan Go Kyung Pyo, Berat Badan Lebih 90 Kilogram
Aktor Go Kyung Pyo mengejutkan ramai peminat dengan penampilan terkini yang disifatkan ‘terlebih sihat’.

BERITA TRENDING: Berat Naik 10 Kg, Ragam Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua Berbeza - “Sebelum Ini Jaga Makan, Tapi Kali Ini Belasah Semua”

Bintang filem Seoul Vibe dan drama siri terkenal Reply 1988 itu membuat kemunculan sebagai tetamu di acara Miss Gee untuk Seoul Fashion Week baru-baru ini dan terus menjadi buah mulut sehingga foto terkininya menjadi tular di media sosial.
Foto penampilan terkini aktor berusia 33 tahun tersebut telah dilihat sebanyak 1.5 juta kali dengan banyak komen mempersoalkan tentang perubahan ketara pada fizikalnya.
Kyung Pyo dilihat bertubuh gempal dan tidak mempunyai tubuh cantik seperti penampilannya sebelum ini, lapor AllKPop. Selain berat badan, gaya rambut dan pakaiannya juga dikritik.

BERITA TRENDING: Tiga Amalan Mudah Sunil Shetty Jaga Badan, Semua Boleh Ikut! - "Setiap Hari Saya Akan ..."

Meski berat badannya yang naik mendadak membuat ramai peminat bimbang, Kyung Pyo pula mengaku dirinya berasa gembira dengan tubuhnya.
Kyung Pyo malah pada bulan lalu mendedahkan sedang mengalami kenaikan berat badan paling tinggi dalam hidupnya.
Berat badannya kini mencecah 93 kilogram. Dia mengaku akan mengurangkan berat badan jika menerima tawaran berlakon.

PILIHAN PEMBACA: Issey Turunkan Berat Badan 12 Kg Bukan Sebab Nak Nampak Kacak, Tapi... - “Apa Boleh Pantang, Kita Pantanglah”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024